Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Karpal tak sihat: Perbicaraan Liwat 2 ditangguh

Perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat  bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, ditangguhkan sehingga esok kerana peguam bela utama Karpal Singh tidak sihat.

NONE Ram Karpal memberitahu mahkamah, ayahnya itu disyaki mengidap deman denggi.

"Ujian darah dibuat pada hari Jumaat dan keputusannya dijangka diperolehi hari ini," katanya,

Peguam cara II Mohd Yusof Zainal Abiden pula berkata pihak pendakwaan tiada bantahan untuk penangguhan itu.

"Kami maklum beliau tidak sihat sejak semalam," katanya.

Sekiranya Karpal tidak dapat datang esok, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin Mohd Diah memerintahkan pasukan pembelaan supaya melantik peguam lain menggantikannya untuk menyoal balas.

sankara nair Sementara itu, di luar mahkamah, peguam Sankara Nair memberitahu pemberitahu walau apa pun yang terjadi, hakim telah memutuskan perbicaraan dan sesi menyoal balas akan bersambung esok.

Katanya, pembelaan masih belum menerima salinan dokumen laporan perubatan awal oleh tiga doktor terhadap Mohd Saiful Bukhari.

Menurut Sankara, dengan salinan yang tidak bertandatangan di tangan mereka, laporan itu menjadi tidak relevan kepada pasukan pembelaan.

"Kami masih perlu mendapatkan salinan laporan itu dan kami akan bincangkan tindakan selanjutnya," katanya.

ADS