Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ng: Lawatan luar negara jana publisiti RM36.5 juta
Diterbitkan:  Nov 10, 2010 9:48 AM
Dikemaskini: 1:55 AM

Hasil lawatan oleh Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen ke luar negara bagi mempromosi Malaysia didakwa menjana publisiti bernilai RM36.5 juta kepada industri pelancongan negara.

Sebelum ini, pelbagai pihak membidas Ng kerana telah membelanjakan RM3.25 juta untuk lawatan luar negara sejak dilantik sebagai menteri tahun lalu.

NONE Ng mendakwa ia merupakan hasil promosi menerusi lawatan, yang termasuk taklimat kepada 9,173 individu menerusi 306 acara iaitu seminar, travel mart, sidang media, wawancara media, perjumpaan khas termasuk berjumpa dengan 20 menteri pelancongan dari Asean, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec), Pertubuhan Pelancongan Dunia (UNWTO) dan kumpulan 20 negara anggota atau G20.

"Ia adalah misi bagi menjana publisiti secara langsung di bandar-bandar yang dilawati. Ini tidak termasuk pakej-pakej pelancongan baru yang ditawarkan kepada pasaran seperti pakej-pakej pelancongan baru Parks and Gardens, homestay dan lain-lain lagi," katanya kepada pemberita di lobi parlimen, semalam.

Beliau berkata secara keseluruhannya industri pelancongan negara antara Januari dan Ogos lalu mencatatkan ketibaan pelancong asing 16.18 juta pelancong iaitu peningkatan 5.2 peratus berbanding 15.38 juta pelancong bagi tempoh sama tahun lalu.

Katanya sehingga bulan Ogos tahun ini jumlah pendapatan daripada sektor itu menjangkau RM36.50 billion iaitu peningkatan RM1.9 bilion.

NONE Ng berkata hasil lawatan itu beliau turut merancang pelbagai aktiviti bagi menjana pendapatan negara, antaranya mengadakan kerjasama dengan sebuah bank di Korea bagi mempromosikan program 'Malaysia, My Second Home' kepada penduduk Korea.

"Saya juga melancarkan "charter flight" dari Seoul ke Malaysia untuk akhir tahun ini. Dijangka sejumlah pelancong baru yang akan ikuti "charter flight" ini adalah hampir kepada 5,000 orang," katanya.

   

ADS