Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAC saran teguran ke atas pembekal 'sandwich kosong'

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) boleh mencadangkan teguran dikeluarkan kepada kontraktor yang menyeleweng daripada kontrak asal mereka di bawah Rancangan Makanan Tambahan, Kementerian Pelajaran.

NONE Seorang ahi jawatankuasa berkenaan yang tidak mahu dikenali berkata ketua setiausaha kementerian itu telah dipanggil untuk memberi keterangan hari ini.

"Jika tiada tindakan diambil, mereka mungkin mengulanginya,” kata sumber berkenaan.

PAC bersidang hari ini bagi membincangkan penyelewengan dalam program berkenaan setelah Laporan Ketua Audit Negara 2009 mendedahkan bahawa kanak-kanak sekolah yang dijanjikan roti sandwich sardin tetapi hanya dibekalkan dua keping roti dengan marjerin sahaja.

Selain sardin, sandwich yang dijanjikan itu sepatutnya juga mempunyai timun, tomato dan salad, tetapi kanak-kanak di SK Jeroco di Lahad Datu cuma dibekalkan dengan marjerin.

pac meeting on rmaf engine missing 200110 azmi khalid Selain sekolah berkenaan, pembekal makanan di lima sekolah rendah yang lain sekitar Malaysia juga didapati membekalkan kualiti makanan yang jauh lebih rendah daripada menu yang dicadangkan mengikut Rancangan Makanan Tambahan di sekolah-sekolah.

Sementara pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid mengesahkan isu-isu yang dibincangkan hari ini termasuk program Rancangan Makanan Tambahan, Kementerian Pelajaran tetapi enggan memberi butirannya.

Katanya, PAC akan mengadakan sidang akhbar esok bagi melaporkan hasil siasatan mereka ke atas Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara dan program Rancangan Makanan Tambahan, esok.

[Baca berita penuh]

ADS