Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
60 peratus rakyat Malaysia gemuk - Menteri
Diterbitkan:  Nov 15, 2010 8:03 PM
Dikemaskini: 12:07 PM

Tiga puluh peratus penduduk di negara ini mempunyai berat badan berlebihan manakala 30 peratus lagi obes, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

overweight fat malaysian 290906 fat person Beliau berkata, ia merangkumi semua peringkat umur, manakala jumlah kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan pula menunjukkan peningkatan yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

"Kita perlu lihat kesihatan badan tu sebagai sesuatu yang penting kerana ia adalah pintu masuk kepada segala jenis penyakit yang berpunca daripada cara pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat.

"Fenomena ini membimbangkan kerana ia secara langsung berkaitan dengan peningkatan risiko penyakit seperti diabetes, sakit jantung, buah pinggang, darah tinggi, barah dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital 2010 di Kuala Lumpur hari ini.

Sehubungan itu, Tiong Lai menggesa rakyat supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang selain mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal termasuk bersenam, berjoging dan bersukan.

- Bernama

ADS