‘Hanya 100 meter dari kuil Hindu, mengapa Masjid Jamek disisihkan?’
Susulan lawatan Presiden Perancis, Emmanuel Macron ke Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur, yang berukar menjadi kontroversi apabila dia dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim gagal menanggalkan kasut mereka, seorang pemimpin akar umbi Umno mempersoalkan tindakan penganjur yang tidak menyenaraikan Masjid Jamek dalam siri lawatan rasmi itu.
Ketua Umno Bahagian Batu, Gulam Muszaffar berkata, dia sedih apabila masjid dipinggirkan sedangkan ia terletak hanya dalam lingkungan 100 meter dari Jalan Petaling dan Bangunan Sultan Abdul Samad yang dikunjungi dalam program lawatan santai pemimpin tersebut.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/09/54102f34b1a9861a8669cd15d62ec015.jpg)
Katanya, walaupun menghargai kehadiran Macron dan isterinya sebagai tetamu istimewa negara, ketiadaan lawatan ke rumah ibadat umat Islam menimbulkan persoalan memandangkan Islam adalah agama rasmi Malaysia.
"Adakah perkara ini terlepas pandang atau disengajakan? Saya sebagai seorang rakyat yang beragama Islam hanya ingin tahu.
"Sudah semestinya dengan kehadiran Macron ke Masjid Jamek akan memberi gambaran dan signifikan yang bagus dalam imej Malaysia yang membuktikan kemajmukan rakyatnya, selain negara ini kekal aman dan sentiasa makmur," katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, lawatan rasmi Macron dimulakan dengan sambutan rasmi di Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, diikuti mesyuarat dua hala serta sesi menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara kedua-dua negara.
Macron kemudian turut dibawa melawat secara santai ke Jalan Petaling dengan mengunjungi Kuil Guan Di dan Kuil Sri Maha Mariamman yang terletak berhampiran kawasan tersebut.
/file/attachments/orphans/anwar12_278990.jpg)
Mengulas lanjut, Gulam menyatakan bahawa Perancis mempunyai kira-kira enam peratus atau lima juta komuniti Islam daripada 70 juta penduduknya, iaitu jumlah yang lebih besar berbanding penganut agama Hindu dan Buddha di negara Eropah itu.
“Adakah perkara ini terlepas pandang atau disengajakan? Wallahuallam,” katanya sambil meminta mana-mana pihak bertanggungjawab di Putrajaya untuk tampil memberikan penjelasan berhubung penyusunan jadual lawatan tersebut.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/anwar_macron16566_748178.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.