Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes bicara Anwar saman Khairy - 13 April
Diterbitkan:  Dec 1, 2010 1:04 PM
Dikemaskini: 10:37 AM

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 13 dan 14 April tahun depan untuk mendengar saman fitnah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

azlan Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham menetapkan tarikh itu selepas menemui peguam Anwar, Gobind Singh Deo dan peguam Khairy, Sarah Abishegam di kamarnya apabila kes itu tampil untuk pengurusan hari ini.

Sebelum ini mahkamah menetapkan 8 dan 9 Disember ini untuk mendengar kes itu.    

Anwar, 63, menfailkan saman pada 7 Sept 2007 dengan mendakwa Khairy yang ketika itu timbalan ketua pergerakan Pemuda Umno, menfitnah beliau semasa menghadiri satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak, pada Ogos 2007.

Beliau berkata kenyataan fitnah itu disiarkan oleh media cetak dan eletronik dalam negara pada 3 Ogos 2007.

Beliau mendakwa kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai seorang ahli politik yang tidak boleh dipercayai oleh orang Melayu, yang tidak mengutamakan perjuangan orang Melayu serta hak mereka, dan beliau berkeupayaan untuk mengkhianati perjuangan dan hak orang Melayu demi mendapatkan sokongan bukan Melayu dalam negara.

Anwar juga berkata Khairy membuat kenyataan itu untuk menyindir bahawa beliau (Anwar) merupakan seorang ejen politik Amerika Syarikat dan pihak Yahudi, di samping bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya, dan Khairy menurutnya berniat jahat ketika membuat kenyataan itu yang merupakan satu pembohongan, tidak berasas dan tidak benar.

Selain ganti rugi am, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, Anwar turut memohon injunksi bagi menghalang Khairy, atau ejennya, daripada mengulangi kenyataan itu.     

- Bernama

ADS