Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dana Nasi Lemak 2.0: Namewee jumpa Nazri
Diterbitkan:  Dec 9, 2010 4:30 PM
Dikemaskini: 8:41 AM

Penyanyi kontroversial Wee Meng Chee hari ini mengadakan pertemuan singkat dengan Menteri di Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz berhubung kesukarannya mendapatkan geran kerajaan bagi menerbitkan filem.

NONE Wee, yang lebih dikenali sebagai Namewee, berjumpa dengan Nazri di Parlimen dan memaklumkan ke menteri itu mengenai filem terbarunya, berjudul Nasi Lemak 2.0, dan kepayahan lebih lapan bulan yang dideritainya dalam usaha mendapatkan geran kerajaan.

Dia sebelum ini mendakwa syarat kerajaan yang menetapkan sebahagian besar skrip perlu dalam Bahasa Melayu sebelum dipertimbangkan untuk mendapatkan geran sebagai syarat yang mendiskriminasi dan tidak sehaluan dengan semangat 1Malaysia.

Pada pertemuan 10 minit ini, Wee melahirkan hasratnya untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk meluahkan masalah yang dihadapinya dan juga pembikin filem yang lain.

Pada sidang media kemudiannya, Nazri berkata beliau akan menimbulkan perkara berkenaan kepada perdana menteri pada mesyuarat kabinet Jumaat ini.

[Baca berita penuh]

ADS