Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis: Jangan hadiri ceramah PKR esok
Diterbitkan:  Dec 13, 2010 11:40 PM
Dikemaskini: Dec 14, 2010 3:00 AM

Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak menghadiri ceramah umum PKR di tapak pasar malam Taman Melati, Wangsa Maju, di ibunegara  esok.

    

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata penganjur tidak mempunyai permit untuk mengadakan ceramah umum itu.

    

Polis tidak meluluskan permohonan penganjur kerana ia boleh menyebabkan gangguan kepada ketenteraman awam dan keselamatan, katanya kepada Bernama melalui SMS hari ini.

    

Katanya pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya penganjur meneruskan majlis tersebut.

    

Ceramah umum PKR, anjuran cabang Wangsa Maju, dijadualkan bermula jam 9 malam.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berucap di ceramah tersebut.

ADS