Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ugutan pecat ahli Felda, Pemuda PAS berang
Diterbitkan:  Jan 11, 2011 6:03 PM
Dikemaskini: 10:09 AM

Pemuda PAS berang dengan tindakan pengerusi baru Felda, Tan Sri Isa Samad yang dilaporkan mengugut untuk memecat mana-mana kakitangannya yang menyokong Pakatan Rakyat.

Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen berkata ugutan Isa itu disampaikan ketika pertemuan sulung Isa dengan seluruh kakitangan syarikat kumpulan Felda, baru-baru ini.

azlan Herman berkata ugutan terbuka itu membuktikan betapa terdesaknya BN untuk merampas semula sokongan daripada kakitangan Felda menjelang pilihan raya umum ke-13.

“Ugutan terbuka itu mengambarkan betapa terdesaknya BN untuk mengembalikan sokongan kakitangan dan seluruh peneroka Felda kepada mereka.

"Inilah budaya lapuk BN, bila terdesak mereka akan mengugut dan menekan kakitangan kerajaan dan agensi yang berkaitan supaya terus menyokong BN.

"Kalau 10 atau 20 tahun lalu, bolehlah beliau buat ugutan begini kerana pada masa itu rakyat tak celik undang-undang dan pelembagaan. Hakikatnya Isa tidak boleh sesuka hatinya memecat kakitangan Felda  yang menyokong Pakatan,” kata Herman dalam satu kenyataan media.

NONE Beliau berkata hak setiap kakitangan Felda adalah untuk menyokong mana-mana pemimpin dan parti yang dipilih merekaadalah dijamin oleh perlembagaan.

Justeru, menurut Herman adalah kesilapan besar jika Isa, memecat kakitangan Felda kerana tindakan itu akan menyaksikan beliau diheret ke mahkamah.

"Kita menggesa supaya pihak SPRM meningkatkan pemantauan kepada organisasi Felda  di bawah pengurusan Isa, kerana rekod sudah membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang pemimpin yang bersih.

"Skandal rasuah beliau ketika menjadi Menteri Wilayah Persekutuan tidak mudah dilupakan rakyat. Begitu juga dengan rasuah yang beliau tebarkan sepanjang kempen di Bagan Pinang tahun lalu.

"Kenapa orang sebegini masih mendapat tempat dalam organisasi seperti Felda. Apa agenda Najib sebenarnya?" soalnya.

ADS