Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kajian Interlok ke kabinet
Diterbitkan:  Jan 11, 2011 7:14 PM
Dikemaskini: 1:24 PM

Cadangan mengenai kajian semula penggunaan novel 'Interlok' untuk komponen sastera Bahasa Malaysia di Tingkatan Lima sudah

siap dan akan diserahkan di mesyuarat jemaah menteri esok atau minggu depan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Mohd Puad Zarkashi.

Dr Puad Zarkashi Beliau berkata kabinet telah mengarahkan supaya kajian semula dibuat berikutan dakwaan beberapa pihak termasuk badan bukan kerajaan yang fakta dalam buku itu menyentuh perasaan sesetengah kaum.

    

Novel itu karya sasterawan negara Datuk Abdullah Hussain.  

Kajian semula itu dijalankan oleh Jawatankuasa Khas Kementerian Pelajaran yang diketuai oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud.

Jawatankuasa itu juga menerima maklum balas dari ahli akademik dan penulis kaum India, kata Mohd Puad kepada pemberita setelah merasmikan Persidangan Al-quran Antarabangsa di ibunegara hari ini.

Beliau berkata jawatankuasa itu juga telah mengadakan pertemuan dengan Abdullah.  

    

Mengenai tindakan kumpulan yang membakar buku itu di Klang pada Ahad lepas, Mohd Puad berkata ini berikutan tindakan sesetengah pihak yang mempolitikkan buku itu.

    

Tindakan itu bukan sahaja satu penghinaan kepada penulis tetapi juga mengetepikan nilai kemanusiaan pendidikan untuk menyatukan pelbagai kaum di negara ini, katanya.

- Bernama

ADS