Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kumpulan pro-Mahasiswa Universiti Malaya memenangi pilihan raya kampus universiti itu hari ini.

izzuddin hilmi leading the crowd of 200 Mereka menyapu bersih semua 9 kerusi umum dan mendapat 14 kerusi fakulti.

Lawan mereka hanya berjaya mendapat 16 kerusi fakulti.

Manakala calon bebas menang dua kerusi fakulti.

Dengan kemenangan itu, calon pro-M Masturah Abu Bakar yang dilaporkan hilang sebelum ini turut menang.

Calon kerusi umum itu mendapat undi keenam tertinggi.

Keputusan itu diumumkan pada jam 6 petang tadi. Manakala tempoh bantahan ditetapkan sehingga jam 8 malam ini.

Bantahan tersebut akan diteliti esok dan keputusannya akan diumumkan lusa.

UPM: Pro-M tumbang

Sementara itu, keputusan tidak rasmi di Universiti Putra Malaysia (UPM) menunjukkan Pro-Aspirasi terus berkuasa.

NONE Kumpulan Pro-Mahasiswa hanya berjaya mendapatkan 12 kerusi daripada 44 yang dipertandingkan.

Daripada jumlah 11 kerusi itu, 2 adalah kerusi umum, 8 kerusi fakulti manakala sebuah kerusi siswazah lanjutan.

Pro-Aspirasi pula mendapat 31 kerusi.

Pro-M berkuasa di UKM

Di UKM, menurut jurucakap pro-M Ahmad Firdaus Ahmad Azam, berdasarkan keputusan rasmi yang diumumkan pada jam 12 tengah malam, kumpulan itu menang di 22 daripada 37 kerusi.

NONE Lawan mereka mendapat 15 kerusi, tambahnya.

Bagaimanapun, di luar tempat pengiraan, ratusan penyokong pro-M berkumpul bagi mendesak seorang pentadbir pilihan raya kampus meletakkan jawatan.

Mereka berkumpul sambil bersorak dan membawa kain rentang membantah tindakan universiti membenarkan dua calon pro-A bertanding walaupun didakwa tidak cukup syarat.

Pro-A menang di UTM

Di UTM, daripada keputusan yang diumumkan tengah malam ini, pro-A menang dengan mendapat 38 daripada 56 kerusi.

Pro-M mendapat 12 kerusi dan bebas 5. Satu kerusi tidak diketahui cenderung kepada pasukan mana.

USM: Pro-M bertapak tapi gagal berkuasa

Sementara itu di Universiti Sains Pulau Pinang, Pro-M berjaya meluaskan pengaruhnya meskipun gagal menguasai universiti tersebut.

NONE Daripada 39 kerusi yang dipertandingkan, mereka berjaya menawan 13 kerusi berbanding tiada yang dimenangi pada tahun lalu.

Pro-Aspirasi pula menang 24 kerusi manakala Bebas satu dan satu lagi kerusi menyaksikan pertandingan semula.

ADS