Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan presiden PKR, Azmin Ali berkata beliau tidak tahu mengenai laporan audit luar yang mengatakan beliau dan enam lagi ahli parlimen PKR telah gagal dalam ujian Indeks Prestasi Utama (KPI) dan mencabar portal berita yang melaporkan mengenainya supaya membuktikannya.

"Setakat yang saya ketahui, tidak ada perbincangan mengenai laporan ini. Saya agak terkejut Free Malaysia Today (FMT) menyiarkan laporan yang tidak berasas ini," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

NONE Dalam laporannya hari ini, portal berita itu memetik sumber yang mendakwa Azmin (kanan) adalah antara tujuh ahli parlimen PKR yang diklasifikasikan sebagai 'wakil rakyat yang gagal melaksanakan tugas mereka', dalam laporan audit luar, yang disediakan oleh jawatankuasa khas yang diketuai oleh anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Nik Mahmood Nik Hassan.

Ahli parlimen lain yang disenaraikan ialah Azan Ismail (Indera Mahkota), Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang), Abdullah Sani (Kuala Langat), Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau) dan Loh Gwo-Burne ( Kelana Jaya).

Azmin, yang juga ahli parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa, mencabar portal berita itu supaya membuktikan kebenaran laporan tersebut.

Bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali juga menyuarakan pandangan yang sama dengan Azmin.

"Setakat yang saya tahu, tidak ada laporan mengenai PKI ahli parlimen PKR," tulis Syed Husin di Twitter.

Fuziah: Hanya presiden lihat laporan KPI

Sementara itu, naib presiden PKR, Fuziah Salleh mengesahkan bahawa beliau telah membangunkan sistem penilaian KPI untuk semua ahli parlimen PKR, dan diluluskan oleh MPP, ADUN dan ahli majlis

tempatan bagi meningkatkan prestasi mereka, sewaktu beliau menjadi pengarah latihan parti itu pada 2009.

"Sistem KPI tidak pernah digunakan dalam konteks hukuman," tegasnya, sambil menambah KPI itu boleh dijadikan panduan oleh semua ahli parlimen.

"Ini dibangunkan berdasarkan kepada amalan terbaik antarabangsa dalam politik."

Fuziah mengakui bahawa audit bebas itu dilakukan oleh Nik Mahmood tetapi beliau melapor terus kepada presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ketika dihubungi, Fuziah berkata, beliau tidak tahu kandungan laporan audit itu kerana beliau tidak pernah melihatnya.

[Baca berita penuh]

ADS