Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kadar radiasi reaktor nuklear naik 1,000 kali ganda
Diterbitkan:  Mar 12, 2011 12:30 PM
Dikemaskini: 6:55 AM

Pihak berkuasa Jepun sedang bertungkus lumus menggelakkan kerosakan di loji nuklear susulan kejadian gempa bumi, semalam  sehingga menyebabkan tsunami.

Menurut AFP , sistem penyejukan reaktor gagal berfungsi apabila negara itu digegarkan dengan gempa bumi bermagnitud 8.9.

Radiasi 1,000 kali ganda dari paras normal dikesan di bilik kawalan di salah satu loji nuklear Jepun.

NONE Kegagalan sistem pendinginan berfungsi dikatakan sebagai punca radiasi meresap keluar di satu loji manakala di dua loji yang lain suhu semakin meningkat.

Kadar radiasi meningkat kira-kira 1,000 kali berbanding paras normal di bilik kawalan reaktor No. 1 loji Fukushima Daichi, demikian menurut Agensi Keselamatan Nuklear dan Industri Jepun.

Tanpa memberitahu kadar radiasi sebenar yang meresap keluar, agensi itu berkata, ia juga dikesan di bahagian luar menyebabkan kerajaan mengambil tindakan pengosongan melibatkan kawasan lingkungan sejauh 10 kilometer.

Terdahulu sekitar 3,000 penduduk telah diminta meninggalkan rumah mereka.

Semalam, Tokyo Electric Power Co berkata suhu di reaktor No. 1 dan No. 2 di tapak tenaga nuklear Fukushima Daini meningkat dan ia sudah hilang kawalan ke atas tekanan pada reaktor-reaktor gunaan mereka.

NONE Stesen Fukushima Daini adalah loji tenaga nuklear kedua beroperasi di kawasan Fukushima, timur laut Jepun yang dilanda gempa bumi dan tsunami petang semalam.

Tepco berkata kira-kira pukul 2.46 petang semalam (waktu Jepun), tiga daripada enam reaktornya dihenti operasi ekoran gempa bumi.

Semuanya adalah reaktor air didih.

Kata Tepco, reaktor-reaktor ditutup ekoran kehilangan kuasa luar kerana kegagalan fungsi salah satu daripada dua sistem tenaga.

Kejadian itu membawa kepada penggunaan janakuasa diesel kecemasan bagi menyediakan kuasa sokongan kepada loji tersebut.

NONE Bagaimanapun janakuasa diesel pula henti selepas sejam loji henti operasi, menyebabkan tiadanya kuasa bagi sistem pendinginan.

Loji tenaga nuklear memerlukan kuasa bagi motor, injap dan instrumen yang mengawal sistem, yang menyediakan air dingin kepada teras radioaktif.

Setiausaha Kabinet Yukio Edano berkata, "penduduk selamat selepas mereka dalam kawasan lingkungan tiga kilometer dipindah keluar dan mereka dalam kawasan lingkungan 10 kilometer pula diminta tinggal dalam rumah, jadi kami mahu penduduk bertenang.

- Agensi

 

ADS