Kabinet bincang Injil Melayu minggu ini
Diterbitkan: Mar 15, 2011 1:35 PM | Dikemas kini: Mar 15, 2011 5:39 PM
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kontroversi berhubung Injil berbahasa Melayu akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet minggu ini.
Kabinet bermesyuarat setiap Jumaat ketika parlimen sedang bersidang.
Ditanya sama ada kabinet sebenarnya telah membenarkan Injil tersebut beredar, seperti didakwa sesetengah pihak, Muhyiddin menafikan perkara itu kerana ia belum dibincangkan.
Sebanyak 5,000 salinan Al-Kitab tersadai di Pelabuhan Klang sejak 2009 manakala dalam perkembangan terkini, 30,000 naskhah lagi tersangkut di pelabuhan Kuching.
Dicetak di Indonesia, kitab tersebut disasarkan kepada penganut agama itu di Sabah dan Sarawak.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.