Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz meminta ahli parlimen Pakatan Rakyat supaya memperbetulkan fakta mereka dan berhenti menyebarkan fitnah ke atas isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

NONE Pembangkang, kata Nazri bertindak nakal apabila menuduh Rosmah mempersalahkan kerajaan Jepun yang dikatakan cuai dan tidak mengamalkan pembangunan mesra alam sehingga menyebabkan gempa bumi dan tsunami, minggu lalu yang membunuh ribuan rakyatnya.

"Betulkan fakta dulu. Ini masalahnya dengan PAS, suka ambil sebaris dan tidak lihat kenyataan yang menyeluruh,” katanya ketika menjawap soalan tambahan daripada Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) semasa sesi soal jawab di parlimen.

Menjawab soalan tambahan Siti Zailah mengenai bidang kuasa Wanita Pertama yang didakwa mencampuri urusan negara termasuk kenyataan berhubung kejadian tsunami di Jepun, Mohamed Nazri berkata perkara itu tidak benar sama sekali.

Fitnah, tohmahan dan menipu

"Siapa cakap ni? Ini fitnah, tohmahan dan menipu. Saya nak Rantau Panjang beritahu dalam kes tertentu, di mana yang berlaku campur tangan urusan,” katanya.

NONE Awal minggu ini, ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) menuduh Rosmah membuat kenyataan seumpama itu, berdasarkan klip video TV Selangor yang dimuat-naik di laman sesawang C NN iReport .

"Selain itu, kita perlu baca sepenuhnya kenyataan Wanita Pertama kita (berhubung isu tsunami), bukan sekerat-sekerat dan (kemudian) dakwa macam-macam," katanya.

Menurut Nazri, undangan kepada Rosmah bagi menyampaikan ucaptama di luar negara seharusnya dilihat sebagai pengiktirafan dan penghormatan kepada negara.

Katanya, ia adalah pengiktirafan kepada Malaysia sebagai antara negara Islam atau anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang mempunyai dasar, strategi dan pelaksanaan terbaik dalam bidang pendidikan, pendidikan awal dan penjagaan kanak-kanak, pembangunan wanita serta kebajikan.

Persepsi negatif

Menurutnya lawatan isteri Perdana Menteri ke luar negara termasuk menyampaikan ucaptama di Seminar Kepemimpinan Wanita di Dubai dan Forum Wanita ASEAN di Singapura pada 2009 serta Seminar Antarabangsa Pertama mengenai Pengurusan Kualiti Pendidikan K-12, atas jemputan Timbalan Menteri Pelajaran Arab Saudi di Riyadh, Arab Saudi, Januari lalu.

NONE "Selain itu, beliau menerima undangan daripada Menteri Pembangunan Sosial Oman di Muscat dan Penaung di Asian University for Women, Madam Cherie Blair dan menyampaikan ucaptama di Simposium 'Memikirkan Masa Hadapan Asia: Idea dan Hala Tuju Ke Arah Perubahan' di Dhaka, Bangladesh, Januari lepas," katanya menjawab soalan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak).

Tajuddin ingin tahu mengenai peranan dan sumbangan Wanita Pertama kepada negara melalui beberapa siri lawatan ke luar negara.

azlan Menjawab soalan tambahan Tajuddin mengenai tindakan kerajaan untuk memperjelaskan persepsi negatif pihak tertentu termasuk pembangkang mengenai lawatan itu, Mohamed Nazri berkata segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan akan dijawab dalam Dewan Rakyat.

"Dalam Dewan kita tidak boleh tipu. Jadi, kalau ada yang mahu bertanya, tanya dalam Dewan jika betul-betul mahu maklumat dan bukan fitnah di kedai kopi," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS