Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah berbincang dengan Tan Sri Abdul Taib Mahmud berhubung peletakan jawatan ketua menteri itu akan akan memutuskan masa yang sesuai untuk tujuan itu.

NONE Najib berkata demikian setelah mengadakan pertemuan dengan orang ramai di Serian, kira-kira 80 kilometer daripada Kuching hari ini.

Katanya, beliau menghormati hasrat Taib untuk bersara daripada politik.

Sebelum itu, Taib sekali lagi memberitahu bahawa beliau akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya DUN Sarawak yang mesti dilakukan sebelum Julai ini.

Beliau yang sudah 30 tahun berkuasa di negeri itu - berkata akan memastikan BN menang dalam pilihan raya kali ini dan memastikan peralihan kuasa dibuat sebelum meletakkan jawatan .

Sementara itu, bercakap di Serian, Najib juga dilaporkan berkata beliau dan Taib telah pun tahu masa yang tepat untuk melakukan perubahan kepada kepimpinan negeri itu.

Menurut Bernama, Najib berkata beliau dan Taib mempunyai 'persefahaman yang sangat baik' mengenai masa untuk membuat pengumuman berhubung perkara itu.

"Saya tahu beliau telah bersedia. Apabila tiba masanya, beliau sedia beredar dari arena dan kami mempunyai persefahaman yang sangat baik mengenai bilakah ia akan berlaku," beliau dipetik sebagai berkata  pada program 'Senada Sejiwa'.

Najib berkata perubahan kepimpinan negeri bukanlah suatu perkara yang boleh didesak memandangkan peralihan yang lancar merupakan perkara paling utama, lapor agensi berita nasional itu lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS