Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

"Saya dalam video itu".

Begitu pengakuan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T - apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

NONE Shazryl ( kiri ) yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.

Menurut seorang pemberita yang menonton video itu, selain seorang wanita dan lelaki mirip Anwar, terdapat seorang lagi dilihat di permulaan video itu. Bagaimanapun, bahagian mukanya tidak kelihatan.

Shazryl hari ini tampil dalam sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik bagi menjelaskan persoalan berhubung identiti Datuk T.

Menariknya, Rahim menjelaskan, Datuk T bukanlah individu, sebaliknya merujuk kepada tiga kawan baik.

"T ini (merujuk pada) trio, three ," kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari Pertubuhan Pribumi Perkara PERKASA.

Sahabat setiakawan

 

Shuib bagaimanapun tidak hadir.

Ditanya mengenai siapakah Datuk T yang sebelum ini dilaporkan masuk mengambil jam yang didakwa milik Anwar dalam bilik hotel, tempat adegan itu didakwa berlaku, Shazryl mengakui orang itu adalah dirinya.

NONE Bercakap dalam sidang media di sebuah hotel di ibu negara petang tadi, Rahim mendakwa mereka bertiga - yang disifatkan sebagai "sahabat setiakawan" - tampil mendedahkan video itu kepada media memandangkan Anwar merupakan pemimpin tinggi dalam politik negara.

"Dia pemimpin tinggi, hendak jadi PM. Jadi kita mesti lihat akhlaknya," kata Rahim sambil mendakwa cuma mahu menegakkan kebenaran.

Walaupun memperoleh video itu kira-kira dua minggu lalu, mereka berkata hanya menayangkannya kelmarin kerana baru menemui tempat yang sesuai, dengan mempertimbangkan aspek "keselamatan".

Shazryl mengakui menyimpan video "tunggal" itu anakala Rahim pula mengaku menguruskan tempat tayangannya di sebuah hotel mewah di ibu negara.

ADS