Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nazri mahu MIC serah semua enam kerusi di Perak
Diterbitkan:  Mar 24, 2011 3:54 PM
Dikemaskini: 8:29 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mahu MIC menyerahkan kesemua enam kerusi di Perak yang gagal dimenangi parti itu dalam pilihan raya umum lalu, kerana BN boleh kalah jika MIC terus bertanding di situ.

NONE

Dalam bahagian kedua temubualnya dengan akhbar harian berbahasa Cina Nanyang Siang Pau yang disiarkan hari ini, Nazri berpandangan jika

calon untuk pilihan raya umum akan datang dipilih berdasarkan 'peluang menang' seperti dikatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, maka MIC tidak harus bertanding di semua kerusi berkenaan.

Ahli perlimen Padang Rengas, Perak itu berkata, parti kaum India itu tewas di kesemua enam kerusi yang ditandinginya di Perak dalam pilihan raya umum lalu, dan kerusi-kerusi tersebut boleh menyebabkan Perak jatuh semula ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Nazri (kanan) berkata, kekalahan BN di Perak adalah disebabkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, meletak terlalu ramai orang luar bertanding di Perak.

Sambil menegaskan langkah meletakkan calon 'payung terjun' yang tidak pernah berkhidmatan di kawasan berkenaan sebagai satu kesilapan, Nazri menegaskan bahawa ia merupakan alasan yang sama  yang ditegaskan oleh Najib dalam memilih calon yang berpeluang untuk menang.

NONE Sementara itu, Nazri yang lantang bersuara itu menegaskan bahawa pemimpin yang memegang jawatan dalam parti tidak dijamin menjadi calon dalam pilihan raya umum.

Mengambil presiden MCA, Datuk Seri, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ( kiri, berbaju putih ) sebagai contoh, Nazri berkata, walaupun mendapat sokongan ahli untuk menang jawatan presiden parti, tetapi tidak semestinya Chua akan disokong oleh pengundi wanita disebabkan skandal DVD seksnya.

“Jangan ingat, menang pemilihan parti akan menjamin kemenangan anda dalam pilihan raya umum."

[Baca berita penuh]

ADS