Kartun saya tidak menghina sesiapa: Zunar
Kartunis Zunar menjelaskan hari ini bahawa kartun terbarunya yang disiarkan oleh akhbar
Harakah
tidak bermaksud untuk menyamakan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dengan khinzir sepertimana yang didakwa oleh Radio Television Malaysia (RTM)
Zunar, atau nama sebenarnya Zulfkifli Anwar Haq memberitahu malaysiakini kartunnya yang dicemuh hebat melalui RTM sejak tiga hari lepas, tidak pernah menggambarkan pemimpin utama negara itu sebagai khinzir.
"Saya tidak melukis pemimpin tersebut sebagai khinzir. Yang saya utarakan dalam panel pertama lukisan saya itu ialah isu penyakit SARs yang dikaitkan dengan khinzir.

"Manakala panel kedua masalah Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang timbul akibat dasar tidak adil oleh pemimpin tersebut. Apa salahnya kartun saya itu!" kata Zunar.
Beliau menjelaskan demikian ketika diminta mengulas siaran RTM sejak Sabtu lalu yang mencemuh PAS dan Harakah kerana menyiarkan kartun tersebut dalam keluaran terbarunya, yang didakwanya telah menghina pemimpin utama Malaysia.
Agensi berita
AFP
pula
memetik
presiden Kelab Penyokong Kerajaan Mohd Zin Mohamad
yang menyifatkan kartun itu sebagai "tidak bertanggungjawab dan kurang ajar" dan menggesa supaya lesen akhbar tersebut ditarik balik.
Tindakan undang-undang
Menjawab kritikan tersebut, Zunar berkata: "Orang lain berhak mentafsir mengikut pandangan mereka sendiri. Namun selagi ia bernama tafsiran, selagi itu ia bukan satu kenyataan. Oleh itu pihak RTM dan Barisan Nasional (BN) tidak boleh menganggap tafsiran mereka itu benar."
Beliau seterusnya berharap agar penyokong Barisan Alternatif (BA) tidak terikut-ikut dengan tafsiran yang dibuat oleh RTM yang didakwanya berniat jahat itu.
Beliau juga berkata, pemahaman mesej dalam sesuatu karya kartun satira adalah terbuka kepada tafsiran umum.
"Sebagai pelukis, mesej sebenar kartun tersebut ialah isu SAR, manakala isu Sars dijadikan sebagai feeder (penyendal) dalam usaha mendapatkan punch line (tarikan)," tambah Zunar.
Dalam isu yang berkaitan, Zunar juga sedang menimbangkan kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang menyiarkan karyaannya tanpa kebenaran.
"Saya akan menyaman mereka yang menyiarkan atau menerbitkan semula karya saya atas undang-undang hak cipta. Mereka perlu mendapat kebenaran saya sebelum menggunakan karya saya," katanya.
Pandangan peribadi
Sementara itu, Pengarang
Harakah
, Zulkifli Sulong memberitahu
malaysiakini
beliau kesal dengan tindakan RTM yang bukan sahaja menyerang akhbar itu tetapi juga parti PAS, sedangkan kartun itu adalah pandangan peribadi Zunar.
"Bagi Harakah , karya tersebut adalah pandangan peribadi Zunar sebagai seorang kartunis dan bukanlah pandangan rasmi PAS atau Harakah .
"Saya percaya sebagai seorang kartunis yang berpengalaman, beliau (Zunar) mempunyai hak
dan sebab untuk menghasilkan kartun tersebut," tegas beliau.
Katanya, adalah menjadi dasar Harakah untuk membenarkan setiap penyumbang atau kolumnis mengemukakan pandangan peribadi mereka, tetapi menegaskan pandangan tersebut tidak semestinya merupakan pandangan rasmi akhbar tersebut atau PAS.