Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sepanjang kerjaya awamnya, Tun Dr Mahathir Mohamad seringkali diduga hampir tidak dapat terduga.

Beliau selesa menjadi seorang ‘maverick’ atau ‘pengingkar’ -  melanggar peraturan setiap kali ia tampaknya tidak masuk akal, ataupun yang menghalang jalannya.

Tindakan berkenaan seringkali  berisiko politik dan memerlukan keberanian bagi melakukannya. Namun ia berjaya menjadikan imejnya agung dan ada kalanya menyebabkan saingannya hilang keseimbangan ketika beliau merampas peluang tersebut.

mahathir book launch memoirs 080311 Buku setebal 843 halaman, 'A Doktor di Rumah: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad' yang docoretnya mengambarkan pola berkenaan.

Pada usia 85 tahun, perdana menteri paling lama di Malaysia itu dalam bukunya itu dijangka akan mengimbas zaman silam, menjawap kritikan sambil mengketengahkan kejayaan prestasinya tetapi membisu mengenai kesilapan atau matlamat yang belum dicapai.

Beliau juga dikatakan akan menjelaskan beberapa kebuntuan sebelum ini tetapi secara umumnya cuba berdamai dengan seterunya.

Tetapi tidak bagi Seorang polemik sehingga ke saat akhir, beliau tidak banyak memperdulikan kritikan atau bidasan yang dilontarkan terhadap dirinya dan dasar-dasar selama 22 tahunnya  sebagai perdana menteri.

NONE Dia memilih ingatan selektif dan membuat beberapa usul yang bercanggah dan meragukan, sambil menerima pujian yang kadang-kala - meskipun tidak selalu - yang beliau layak menerimanya.

Seperti janjinya untuk meninggalkan dunia politik setelah bersara pada tahun 2003, buku ini tidak bagi membantu meningkatkan reputasi Mahathir di kalangan penyelidik, penganalisis dan pembaca yang berpengetahuan.

Tetapi bagi peminat setianya - yang mengagumi cara beliau meletakkan Malaysia di peta dunia, sikap tidak menyerah kalah bagi melasanakan melakukan pendekatan pembangunan dan kedegilannya itu akan terus mencintainya.

NONE Seperti pidato politik yang berjela-jela, buku memor Mahathir ini mengandungi hampir tidak ada langsung bukti yang menyokong hujahnya mengenbai sesuatu topik.

Bahkan, laporan rasmi diri sendiri, dan sejumlah pernyataan longgar yang memerlukan pembuktian juga tidak dilampirkan.

Teks ini juga disajikan dengan kesalahan faktual dan pelbagai percanggahan.

[Baca berita penuh]

 

 

ADS