Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

 

Angkatan Muda Keadilan (AMK) membuat laporan rasmi ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berhubung tuduhan zina yang didakwa telah dilakukan ke atas ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan itu dibuat ke atas trio 'Datuk T' – Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Syazril Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim ekoran kenyataan yang dibuat oleh ketiga-tiga orang individu berkenaan.

NONE Kenyataan tuduhan zina itu didakwa telah diucapkan oleh trio berkenaan berhubung satu tayangan video seks kontroversi yang didakwa melibatkan seorang pemimpin utama pembangkang.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin membuat laporan tersebut hari ini mengikut seksyen 41 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan berhubung tuduhan qazaf.

"Susulan tayangan tersebut dan beberapa kenyataan ketiga-tiga 'trio lucah' ini yang menjurus melakukan pertuduhan kepada Datuk Seri Anwar dengan tuduhan zina.

BN jadi dalang jika tidak dakwa 

"Mengikut undang-undang syariah, tuduhan zina kepada seseorang tanpa membawa empat orang saksi, maka prosiding qazaf boleh dimulakan. Peruntukan ini ada dalam akta jenayah syariah (Wilayah Persekutuan)," katanya.

Shamsul Iskandar yang juga seorang peguam berkata trio berkenaan boleh didakwa mengikut akta itu kerana wujudnya pengakuan ketiga-tiga individu tersebut berhubung penayangan video seks itu.

"Terdapat pengakuan, (oleh itu) buat siasatan dan dakwa mereka.

NONE "Kalau tidak ada tindakan (terhadap mereka) maka jelas (dalam isu) rakaman video ini, suspek yang menjadi dalangnya adalah kerajaan Umno-BN.

"Jadi untuk menafikannya, (JAWI) perlu ambil tindakan. Dan kita menggunakan ruang yang ada mengikut saluran undang-undang," katanya.

Dalam sidang media selepas membuat laporan tersebut Shamsul Iskandar berkata laporan itu secara khusus merujuk kepada satu tayangan video seks kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac lalu.

JAWI akan panggil 'Datuk T'

Shamsul Iskandar juga berkata, beliau turut menyertakan beberapa dokumen dan kenyataan media oleh Rahim berhubung dakwaan tuduhan zina itu.

Katanya lagi, beliau telah bertemu dengan penolong pengarah bahagian siasatan JAWI, Siti Nor Jihan Saleh ketika membuat laporan berkenaan.

Shamsul Iskandar berkata Siti Nor Jihan telah memberi jaminan untuk memanggil ketiga-tiga individu berkenaan untuk diambil mereka dan disiasat.

Tambahnya, beliau juga akan memberi kerjasama untuk memberi keterangan kepada JAWI pada 18 April ini berhubung laporannya hari ini.

ADS