‘Haram jatuhkan kerajaan adil’: Ulama Kelantan pertahan Anwar
Tokoh ulama Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan menyifatkan usaha menjatuhkan kerajaan yang memerintah secara adil sebagai haram di sisi Islam.
Menurut penasihat Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan itu, tindakan sedemikian menyerupai perbuatan golongan Khawarij yang menentang pemerintah pada zaman awal Islam.
“Hukumnya adalah haram! Menjatuhkan kerajaan yang adil, hukumnya adalah haram. Orang yang berusaha menjatuhkan pemerintahan yang adil adalah (bersifat) Khawarij,” katanya seperti dipetik Bernama.
Dia berucap pada program Sebarkan Salam@Kota Bharu Berselawat di perkarangan Masjid Muhammadi, Kota Bharu, malam tadi, yang turut dihadiri Anwar.
/file/attachments/orphans/image87_605683.jpeg)
Wazir berkata usaha sedemikian tidak wajar dilakukan, khususnya terhadap pentadbiran Anwar.
Seorang lagi ulama, Abdul Rahman Omar menyifatkan cubaan berterusan pihak tertentu menggugat kepimpinan negara sebagai tanda tidak bersyukur atas kestabilan yang dinikmati Malaysia.
Mudir Pondok Aur Cina itu berkata pelantikan pemimpin ditentukan Allah manakala sokongan rakyat dan proses pemilihan menjadi perantaranya.
"Kita berdoa kepada Allah minta dipanjangkan umur beliau (Anwar) supaya dapat beliau memegang kerajaan ini sepanjang hayat kita, (supaya kita) dapat mengecap lebih banyak lagi nikmat yang akan diberi kepada kita semua, insya-Allah.
/file/attachments/orphans/AnwaratMasjidMuhammadifbpic_776502.jpg)
"Jadi, manusia ini sebenarnya apa pun tidak senang hati dia itu, itu orang munafik... tak bersyukur atas nikmat Allah... tak bersyukur atas kebaikan pemimpin-pemimpin yang begitu aman... kita tak boleh buat begitu," katanya.
Pada majlis sama, Anwar menegaskan komitmen kerajaan persekutuan untuk terus memperkukuh pendidikan Islam di Kelantan.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan, timbalannya Marhamah Rosli serta Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud.
Peruntukan pendidikan Islam
Anwar berkata kerajaan memperuntukkan RM9.36 juta kepada 23 institusi pendidikan Islam di negeri itu tahun lalu manakala RM6.628 juta lagi diluluskan untuk 42 institusi tahun ini.
Peruntukan itu bertujuan memperkukuh sekolah agama dan institusi pondok menerusi bantuan kewangan serta penambahbaikan prasarana.
Anwar berkata dia sedar akan amanahnya dan mahu menggunakan peluang serta kuasa yang ada untuk berkhidmat sebaik mungkin.
/file/attachments/orphans/image88_556444.jpeg)
“Sementara ada ruang dan kuasa, saya hendak lakukan sebaik mungkin supaya orang anggap pemerintahan dipimpin oleh orang Islam ini adil serta bijak dan lakukan sebaiknya untuk angkat martabat rakyat dan negara," katanya.
Dia turut menyatakan hasrat mengangkat martabat rakyat dan negara.
Perdana menteri, yang juga menteri kewangan, berkata kerajaan turut menyediakan peruntukan bagi kerja penyelenggaraan dan baik pulih, menaik taraf kemudahan masjid serta membantu pesakit yang memerlukan rawatan dialisis.
Dia turut mengumumkan kelulusan penggunaan teknologi pembedahan robotik di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/anwaratkelantanislamicevent2026103101_669657.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.