Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Jawatankuasa pusat (CWC) Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) hari ini menolak perletakkan jawatan oleh presidennya, Tan Sri Dr George Chan dan setiausaha agungnya, Datuk Sim Kheng Hui.

Kedua-dua pemimpin utama itu menyerahkan surat perletakkan jawatan mereka semalam berikutan kekalahan teruk SUPP pada pilihan raya negeri Sarawak pada Sabtu lalu.

NONE CWC dalam perjumpaan mereka hari ini memutuskan kedua-dua pemimpin SUPP berkenaan akan terus memegang jawatan mereka sehingga pemilihan pimpinan pada kongres parti itu akhir tahun ini.

Chan, adalah antara pemimpin parti itu yang tumbang di tangan pembangkang pada 16 April lalu. Beliau telah menerajui SUPP selama lebih 15 tahun.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat CWC selama hampir sejam itu, bendahari SUPP, David Teng berkata Chan dan Sim bersetuju menjalankan tanggungjawap mereka sehingga tempoh mereka berakhir.

SUPP pada Sabtu lalu kecundang di 13 daripada 19 kerusi yang ditandinginya - 12 kepada DAP dan satu di tangan PKR.

[Baca berita penuh]

ADS