Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peraturan wajibkan wanita pakai skirt bermula 1 Jun
Diterbitkan:  May 5, 2011 4:00 PM
Dikemaskini: 8:12 AM

Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) menafikan peraturan baru yang mewajibkan pemain wanita memakai skirt supaya kelihatan lebih seksi.

women female badminton player wears skirt Sebaliknya BWF berkata peraturan baru itu bertujuan "untuk memastikan aksi lebih menarik" untuk menarik kehadiran lebih ramai penonton.

BWF berkata, mereka akan meneruskan pelaksanaan peraturan itu yang ditangguhkan selepas pemain dan pegawai mengemukakan bantahan, bermula 1 Jun ini.

Menurut BWF peraturan baru itu adalah salah satu cara bagi menarik lebih ramai minat penonton dan penaja, sebagaimana evolusi fesyen dalam tenis yang menjadikan sukan itu lebih menarik.

Arahan terbabit berkuatkuasa bermula 1 Jun 2011 ini di Kejohanan Badminton Terbuka Singapura.

- AFP

ADS