Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KDN nafi beri kerakyatan kerana pilihan raya
Diterbitkan:  May 11, 2011 6:37 PM
Dikemaskini: 10:40 AM

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini, menafikan dakwaan kononnya ia sewenang-wenangnya meluluskan pemberian taraf kerakyatan untuk tujuan pilihan raya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong memberitahu pemberita di Putrajaya hari bahawa pemberian taraf kerakyatan adalah berdasarkan kepada perlembagaan sedia ada dan tidak diberikan secara sesuka hati.

NONE Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pembangkang kononnya Umno cuba mendapatkan kerakyatan Malaysia untuk tidak kurang 2,000 penghuni tetap di Hulu Selangor bagi mengukuhkan sokongan kepada parti itu pada pilihan raya akan datang.

Lee berkata walaupun ada warga asing yang sudah menjadi penduduk tetap, mereka boleh memohon taraf kerakyatan tetapi belum tentu ia diluluskan.

"Jadi tidak wujud isu pemberian taraf kerakyatan semata-mata untuk tujuan pilihan raya," katanya.

- Bernama

ADS