Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pakatan dibidas eksploitasi isu harga minyak
Diterbitkan:  May 21, 2011 5:27 PM
Dikemaskini: 9:34 AM

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membidas Pakatan Rakyat yang didakwanya hanya tahu mengeksploitasi soal kenaikan harga minyak dan barangan di pasaran sedangkan mereka sendiri tidak tahu mekanisme terbaik untuk mengatasi masalah itu.

sarawak election muhyiddin 080411 04 Beliau berkata Pakatan tidak terbeban dengan tanggungjawab untuk menangani masalah berkenaan, kerana itu mereka hanya bijak untuk menyalahkan kerajaan dalam soal tersebut.

Kerajaan sentiasa mengambil kira pelbagai faktor sebelum mengambil keputusan untuk menaikkan harga sesuatu barangan mahupun minyak bagi memastikan apa jua langkah yang diambil tidak membebankan rakyat, katanya.

"Dari masa ke semasa apabila ada perkara perubahan dari segi kos, kita (kerajaan) kena buat penyesuaian, tetapi kita tak buat keputusan secara tergesa-gesa.

"Bukan hari ini cakap esok kita buat, kita kaji dengan teliti kesannya walaupun sebesar mana kenaikan yang berlaku di pasaran. Kalau naik harga barang ini, apa kesannya kepada rakyat, itu antara perkara yang kita ambil kira,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kemaman hari ini.

azlan Timbalan Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas sikap Pakatan yang mengeksploitasi soal kenaikan harga minyak RON95 walaupun kerajaan belum lagi memutuskan perkara tersebut.

Katanya, sebelum kenaikan dilakukan kerajaan akan meneliti terlebih dahulu laporan daripada pelbagai pihak termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk dibincangkan dalam Jawatankuasa Kabinet Bekalan dan Harga yang dipengerusikan oleh beliau.

"Kenaikan harga minyak, harga barang, harga gas atau elektrik ke, ini kenyataan yang harus diterima yang berlaku di mana-mana negara di dunia apabila kos meningkat.

NONE "Di negara jiran baik di Singapura, Thailand, dan Indonesia isunya sama, cuma tahap yang berbeza. Di Malaysia memang ada isu itu (kenaikan) tetapi kadar inflasi kita antara yang terendah...memang ada peningkatan (inflasi) tetapi berbanding dengan apa yang berlaku di dunia, peningkatan itu tidak ketara,” katanya.

Katanya, di negara ini rakyat mudah terasa apabila berlaku kenaikan harga kerana selama ini mereka banyak dibantu oleh subsidi yang diberikan oleh kerajaan.

Bagaimanapun, jelasnya apabila sampai ke satu peringkat harga yang sedia ada perlu dikaji semula, kerajaan terpaksa merasionalisasikan subsidi yang diberikan supaya pembangunan lain tidak terjejas.

"Ini bukan satu keputusan popular, tetapi kalau tak buat perkara itu, kita akan kekurangan sumber untuk menguruskan negara.

azlan "Jika kerajaan tidak menguruskan dengan baik masalah itu, kerajaan terpaksa menanggung nilai subsidi yang meningkat mendadak daripada RM10 bilion kepada RM18 bilion,” katanya.

Hakikatnya beliau berkata, kerajaan bukan tidak mampu menanggung kos itu namun ia ada had dan batasannya.

Muhyiddin berkata rakyat juga perlu menanggung sebahagian daripada nilai tersebut bagi membolehkan peruntukan turut digunakan dalam pembangunan sektor lain.

 - Bernama

ADS