Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu mengesahkan bahawa beliau akan bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti Jun ini.

petrol price hike protest 2 100306 mat sabu Katanya beliau akan menghantar borang penerimaan pencalonan hari ini atau esok dengan serahan tangan kepada ibu pejabat parti.

"Saya akan teruskan (bertanding jawatan timbalan) tidak kira siapa bertanding (jawatan itu)," katanya.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah pencalonan kawasan yang diperolehinya sebaliknya menyifatkannya  "memberangsangkan" berbanding dua tahun lalu.

"Kalau jawatankuasa merahsiakan, maka kami pun merahsiakannya," katanya kepada pemberita di ibu pejabat parti itu petang ini.

Ditanya mengenai sokongan akar umbi terhadap beliau untuk memenangi jawatan tersebut, Mohamad  berkata beliau tidak membuat penilaian berhubung perkara itu dan menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat penilaian.

husam musa mat sabu nasharuddin mat isa 220409 Mohamad merebut jawatan timbalan buat kali kedua dalam pemilihan kali ini. Dalam pemilihan 2009,  beliau tewas dalam pertembungan dengan penyandang Nasharudin Mat Isa dan exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa.

Seramai enam calon layak bertanding jawatan tersebut pada pemilihan kali ini termasuk Nasharudin yang menyatakan hasratnya untuk mempertahankan jawatannya itu.

Sementara itu, Dr Hatta yang turut hadir dalam sidang media memberitahu beliau akan meneliti terlebih dahulu jumlah pencalonan yang diterimanya sebelum menawarkan diri bertanding jawatan naib presiden.

pas muktamar 130610 hatta ramli 2 "Kalau kehadiran saya untuk bertanding naib dapat meningkatkan (prestasi) parti berbanding orang lain, ada baiknya saya bertanding," katanya.

Sekiranya terdapat calon yang lebih baik dan hebat, katanya calon tersebut lebih baik diutamakan oleh perwakilan.

Dr Hatta kini merupakan bendahari PAS dan ahli parlimen Kuala Krai.

Seramai 14 calon layak bertanding bagi jawatan naib presiden. Setakat ini, hanya ketua penerangan PAS Idris Ahmad telah menawarkan diri untuk bertanding.

ADS