Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa berlaku peningkatan kos yang besar sebanyak RM500 juta dalam usaha menaiktaraf sebuah loji kumbahan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Katanya, beliau mendapat maklumat itu daripada sumber yang enggan didedahkan pada masa ini.

NONE "Buat masa ini, saya harap kementerian yang berkenaan dapat memberikan penjelasan," katanya.

Bercakap dalam sidang media mingguan PKR di ibu pejabatnya di Petaling Jaya hari ini, Nurul Izzah berharap projek di loji rawatan kumbahan Pantai 2 itu dapat dijalankan dengan telus.

Ini kerana, menurutnya lagi, ia melibatkan penggunaan sejumlah besar wang rakyat.

Anak sulung Anwar itu juga mendakwa tiada usaha tender terbuka dibuat bagi kerja menaiktaraf itu.

NONE "Jika kementerian sudah pun berada di peringkat akhir menganugerahkan kerja-kerja tersebut, ini bermakna projek tersebut dibuat secara rundingan terus dengan kontraktor," katanya.

Ditanya tentang kemungkinan berlakunya kenaikan kos ekoran anggaran RM500 juta itu dibuat ketika upacara pecah tanahnya dua tahun lalu, Nurul Izzah mengelak mengulasnya secara langsung.

Beliau sebaliknya terus mendesak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Komunikasi Malaysia memberikan penjelasan terlebih dahulu.

Nurul Izzah melontarkan persoalan kenapa loji itu tidak dibina secara tertutup sebelum ini seperti amalan negara lain yang tidak lagi memerlukan pembaikan susulan.

Beliau bagaimanapun mengalu-alukan usaha menaiktaraf itu bagi mengurangkan bau dan bahaya loji berkemaan kepada orang ramai.

ADS