Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi mengumumkan tidak ada kenaikan bagi petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).

NONE "Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya.

Bagaimanapun katanya, jemaah menteri tidak membincangkan selama mana keputusan itu akan bertahan.

"Kerajaan tidak tetapkan jangka masa berapa lama harga ini akan dikekalkan tapi buat masa sekarang keputusan kerajaan ialah mengekalkan pemberian subsidi terhadap bahan bakar ini.

"Namun, pada masa yang sama kerajaan akan tetap meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya.

Harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter. Harga LPG ialah RM1.90 sekilogram.

Tiada kaitan pilihan raya

Kali terakhir harga RON95, diesel dan LPG diselaraskan ialah pada Disember tahun lalu.

azlan Ismail berkata pengekalan harga ketiga-tiga bahan api ini mengakibatkan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM18 bilion setakat ini.

Tahun lalu kerajaan menanggung kira-kira RM8.15 bilion subsidi bagi bahan api yang sama.

Ditanya adakah pengekalan harga bahan api ini ada kaitan dengan pilihan raya umum ke-13, Ismail berkata: “Ia tiada kena mengena dengan pilihan raya.”

“Subsidi ini sudah lama kita perkenalkan. Sudah lama. Kalau kita mahu ambil kira soal pilihan raya kita boleh naikkan (harga) ikut bulan-bulan yang kita suka. Tiada siapa tahu (bila) pilihan raya akan diadakan," katanya.

NONE Ismail juga menolak tanggapan bahawa pengekalan harga bahan api itu juga adalah berikutan desakan pembangkang.

"Kita tidak dengar pun daripada pembangkang. Pemuda Umno pun ada buat usul dan sebagainya. Ia bukan sebab pembangkang,” katanya.

Ismail juga menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu terpengaruh dengan khabar angin terutama yang dibawa oleh parti pembangkang.

“Saya dapat lihat dalam blog, dalam Facebook, dalam risalah yang dikeluarkan oleh pembangkang mengatakan bahawa kerajaan akan menaikkan harga. Ada yang kata 20 sen, 30 sen. Semua cerita itu adalah cerita bohong, cerita tidak benar,” katanya.

Kerajaan sentiasa prihatin

Beliau turut melahirkan rasa kesal kerana “cerita bohong” yang dibawa oleh pembangkang ini lebih dipercayai.

“Percayalah kepada kerajaan (kerana) kerajaan hari ini adalah kerajaan yang mendengar segala pandangan daripada rakyat. Sebelum membuat sesuatu keputusan kerajaan akan ambil kira semua sudut."

“Apa yang kerajaan buat ini jelas menggambarkan kerajaan sentiasa prihatin kepada rakyat. Jadi, saya harap cukuplah jangan percaya kepada cerita bohong daripada pembangkang ini.”

Awal hari ini, wartawan sibuk 'mengejar' beberapa menteri di Putrajaya bagi mengetahui keputusan kabinet berhubung cadangan mengurangkan subsidi bahan api itu.

azlan Adalah difahamkan bahawa jemaah menteri tidak membuat sebarang keputusan berhubung kenaikkan tarif elektrik atau isu lain berkaitan subsidi pada mesyuarat mingguannya hari ini.

Sebaliknya menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Ekonomi Kebangsaan (NEC) bagi keputusan muktamad. Selain itu, katanya, kemelut pengagihan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan juga dibawa ke mesyuarat tersebut.

Panel NEC akan putuskan

NONE NONE Panel NEC dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ( kiri ), yang juga adalah menteri kewangan dan dianggotai oleh 12 ahli, termasuk, menteri kabinet dan pegawai kanan seperti Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ( bawah, kiri ). Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ( atas, kanan ) juga menganggotai majlis itu.

ahmad husni hanadzlah NONE Dalam perkembangan berkaitan, taklimat media dan sidang akhbar oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin ( kanan ) di mana pengurangan subsidi petrol RON95 dan kenaikkan tarif elektrik dispekulasi akan diumumkan telah dibatalkan.

azlan Taklimat media itu dijadualkan di pejabat kementerian berkenaan di Putrajaya pada jam 12.30 tengahari dan diikuti sidang akhbar pada jam 2 petang.

Beberapa akhbar juga melaporkan bahawa jemaah menteri akan membincangkan sama ada untuk menaikkan tarif elektrik dan mengurangkan subsidi petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair pada mesyuarat mingguannya itu.

[Baca berita penuh]

ADS