Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tempoh bertindak kereta peronda kurang 12 minit'
Diterbitkan:  May 25, 2011 5:21 PM
Dikemaskini: 10:04 AM

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mahu tempoh bertindak kereta peronda polis dipercepatkan daripada masa yang ditetapkan sekarang iaitu tidak melebihi 12 minit.

NONE Sebagai contoh, katanya, masa bertindak sesebuah kereta peronda yang berada dalam satu kilometer daripada tempat kejadian perlu sampai ke lokasi tidak melebihi empat minit daripada masa laporan diterima.

"Ini adalah satu cabaran yang boleh jadi kenyataan. Ia tidak mustahil untuk dicapai, jika ada kesungguhan dan komitmen anggota-anggota PDRM (Polis Diraja Malaysia) yang diamanahkan untuk menjalankan tugas tersebut,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan 10 kereta Proton Inspira oleh Proton Holdings Bhd kepada polis, di Shah Alam.

Sambil menghargai sumbangan Proton untuk kereta Inspira 1.8 liter manual sebagai kereta peronda (MPV), Ismail berkata, keperluan logistik iaitu kereta peronda adalah penting bagi melaksanakan tugasan harian polis dengan cepat, berkesan dan efisien kerana ia merupakan barisan hadapan PDRM.

Ismail berkata, jumlah MPV yang mencukupi sangat penting kerana faktor ini boleh meningkatkan kehadiran polis di sesuatu tempat bagi meningkatkan keberkesanan mencegah jenayah serta menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

Beliau berkata, Proton telah menjalin kerjasama dengan PDRM sejak 1985 lagi bermula dengan model Proton Saga yang dijadikan kereta peronda dan sehingga kini sebanyak 3,752 model kereta Proton telah digunakan di seluruh negara sebagai kereta peronda.

Proton dan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan PDRM telah bekerjasama di dalam menghasilkan prototaip kereta peronda polis yang diubah suai daripada Proton Inspira, katanya.

"Program ini dijalankan setelah mengambil kira keperluan PDRM untuk menggantikan 3,647 buah kereta peronda yang telah mencapai had usia penggantian yang diperoleh sejak 2006,” katanya.

 - Bernama

ADS