Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa sedih dan kecewa berhubung beberapa siri kematian baru-baru ini akibat daripada tidak mempedulikan keselamatan.

24 buried alive in landslide at orphanage Kita telah kehilangan nyawa dan sebahagiannya pula mengalami kecederaan sepertimana apa yang telah berlaku dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat yang mengorbankan 16 orang.

Dalam kemalangan terbaru di tempat kerja di mana dua orang pekerja mati apabila tiang kren setinggi 50 meter tumbang ke atas mereka disebuah tapak pembinaan di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Tragedi dan kemalangan di tempat kerja ini boleh dielakkan jika hanya pihak yang bertanggungjawab mengambil langkah mematuhi aspek keselamatan.

Malaysia mempunyai undang-undang dan garis panduan yang baik untuk memastikan keselamatan tetapi ia tidak dikuatkuasakan dan dilaksanakan oleh pihak yang berkenaan.

bukit antarabangsa landslide 071209 ground zero Selepas tragedi berlaku, kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa bahawa langkah yang lebih ketat akan diambil, pemeriksaan dan penyiasatan akan turut dilakukan. Janji dan bantuan akan mencurah.

Semuanya akan dijalankan dalam beberapa hari atau minggu yang pertama. Kemudiannya selepas itu semuanya dilupakan dan kita akan mendengar tragedi yang sama di masa akan datang.

Kenapakah berlakunya sikap yang tidak mempedulikan terhadap kesihatan dan keselamatan ini secara terang-terangan? Kenapakah pihak berkuasa menutup mata terhadap struktur haram dan berbahaya di tempat kerja?

bukit anatarabangsa landslide pdrm aerial photographs 101208 02 Siapakah yang bertanggungjawab apabila berlaku insiden yang tidak dijangka? Siapakah yang perlu dipersalahkan – alam semula jadi, takdir atau kecuaian pihak yang berkenaan?

Apa yang pasti – pertanyaan dan keprihatinan kita terus kekal tidak berjawab. Tidakkah kita pernah mengambil iktibar daripada kesilapan yang lepas?

Kerajaan terus meluluskan projek berbahaya seperti Lynas Advanced Materials Plant di Gebeng dan tidak mempedulikan rayuan oleh rakyat bahawa nyawa dan kesihatan kita lebih bernilai daripada wang.

NONE Nyawa manusia tidak seharusnya dipaksa melalui kesakitan dan penderitaan dalam mengejar pertumbuhan dan kekayaan. Untuk tidak mempedulikan tanda amaran walaupun semua bukti ialah untuk menyalahkan diri kita sendiri dan alam sekitar.

Kita mempunyai pilihan untuk menuju ke arah masa depan yang lebih selamat dan waras. Isunya ialah sama ada kita mahu dan rayuan kita didengar dan tindakan diambil oleh mereka yang berkuasa.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

 

Penulis adalah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) .

ADS