Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PRU-13: Parti komponen BN diarah siap sedia
Diterbitkan:  May 29, 2011 2:29 PM
Dikemaskini: 6:43 AM

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan semua parti komponen bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dan memperkemaskan jentera pilihan raya masing-masing mulai sekarang.

NONE Katanya, PRU-13 adalah tumpuan utama BN kerana ia soal hidup atau mati dan disebabkan itu kesemua anggota parti diminta melupakan soal pemilihan parti masing-masing.

"Tumpukan pada pilihan raya dan kemaskan jentera masing-masing. Jangan fikir sangat soal lobi melobi atau siapa nak pegang jawatan kerana yang lebih penting ialah PRU-13 soal hidup mati parti, kita hendaklah lupakan soal pemilihan untuk sementara waktu," katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bayan Baru di Georgetown hari ini.

Beliau berkata, BN perlu menggunakan pendekatan luar biasa untuk menyelesaikan masalah rakyat dan harus bersungguh-sungguh turun ke padang.

"Kalau BN negeri berhasrat untuk menebus kekalahan pada pilihan raya lepas, kita tidak harus memperkecilkan apa yang mereka (kerajaan negeri) buat.

umno 65th anniversary 110511 leaders waving flags "Sebaliknya, kita harus berusaha dan bekerja sebagai satu pasukan untuk mendapat balik sokongan rakyat," katanya.

Timbalan Perdana Menteri juga berkata, pemimpin BN perlu akur dan jujur bahawa sememangnya terdapat kelemahan dalam parti masing-masing dan disebabkan itu mereka haruslah merancang apakah yang perlu dilakukan untuk mendapat semula sokongan rakyat.

"Kita hendaklah bangun daripada kekalahan dan memperkukuhkan organisasi bukan sahaja Umno tetapi juga semua komponen lain seperti MCA, Gerakan, MIC, PPP dan lain-lain," katanya.

mca egm 130311 pc Katanya, sememangnya terdapat tanda-tanda sokongan orang Melayu kepada BN, orang India kepada MIC dan sedikit orang Cina terhadap MCA dan Gerakan.

Beliau berkata, pemimpin BN negeri tidak harus lupa dengan peranan mereka untuk membantu rakyat walaupun landskap politik berubah dan mereka menjadi pembangkang di Pulau Pinang.

- Bernama

ADS