Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ratusan penduduk Kuantan yang marahkan projek nadir Bumi Lynas sejak awal pagi berhimpun di hotel dekat Pantai Telok Cempedak -- tempat panel semakannya menetap -- bagi menyatakan perasaan tidak puas hati mereka.

NONE Kumpulan itu, kebanyakannya pesara, golongan ibu dan anak-anak, dipimpin oleh NGO Save Malaysia cuba menyerbu ke arah sembilan pakar tenaga atom Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dipercayai akan bersarapan dekat kafeteria berdekatan.

Kumpulan itu mula berkumpul sekitar 7.30 pagi dan berarak menuju hotel itu pada jam 8 pagi.

Sambil melaungkan “Stop Lynas” (hentikan Lynas) dan“Lynas go back Australia” (Lynas sila balik ke Australia), mereka juga membawa poster dan kain rentang sambil menyanyi lagu Negaraku.

NONE Bantahan itu turut mengundang perhatian penginap hotel, termasuk pelancong asing yang mengambil kesempatan mengambil gambar dan menepuk tangan tanda sokongan.

Kelihatan pekerja hotel menarik kain langsir untuk menghalang kelibat penduduk itu kelihatan mereka terus berganjak ke tempat lain.

Pihak hotel bagaimanapun tidak menghentikan bantahan itu.

Pengawal kesalaman yang bertugas hanya memerhatikan manakala polis pula hanya tiba selepas kumpulan itu bersurai pada jam 8.40 pagi.

Bantahan ini antara beberapa siri sebelumnya. Ia sentiasa berlangsung walaupun kerajaan memberi jaminan operasinya akan selamat dengan mendakwa panel apakar akan menelitinya.

[Baca berita penuh]

ADS