Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan menjelaskan, beliau tidak merujuk kepada anggota atau pemimpin parti itu apabila menyebut tentang "pengacau" dalam pemilihan PAS.

pas umno pemuda talks parliment 010709 nasrudin hassan "Golongan ini tidak ada dalam parti, kalau ada juga itu bukan daripada golongan dalam parti," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Dalam wawancara dengan Utusan Malaysia semalam, Nasrudin dilaporkan mendakwa wujudnya golongan 'pengacau' dalam pemilihan PAS kali ini yang berhasrat merosakkan parti berkenaan.

Nasruddin berkata, gelaran 'puak Erdogan' serta 'golongan ulama' sebenarnya diwujudkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mengeruhkan keadaan dan mengambil kesempatan mencetuskan polemik dalam parti.

Kenyataan itu bagaimanapun disanggah Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Akhbar sama melaporkan, Mustafa berkata, beliau tidak mengetahui tentang dakwaan itu kerana proses pemilihan serta muktamar parti yang bermula sejak beberapa minggu lalu kini berjalan lancar seperti dirancang.

ADS