Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bangunan yang menempatkan ibu pejabat PKR DI Merchant Square Tropicana di Petaling Jaya yang disewakan akan dilelongkan esok kerana pemilik premis itu gagal menjelaskan pinjaman banknya.

Bendahari PKR William Leong yang mengesahkan perkara itu berkata lelongan awam akan diadakan di sebuah pejabat pelelong di Brickfields Kuala Lumpur, petang esok.

NONE Lelongan akan bermula pada harga RM460,000 hingga RM1 juta bagi setiap unit, bergantung kepada tingkat mana unit itu terletak.

Meskipun Leong pernah memberitahu Malaysiakini bahawa PKR mungkin mempertimbangkan bagi membeli bangunan itu tetapi katanya ia bergantung kepada harga yang ditawarkan itu.

“Ada keputusan dari pucuk pimpinan parti tetapi ia bergantung kepada harga,” katanya ketika dihubungi.

Pada masa yang sama, katanya belum ada sesiapa yang memaklumkan kepada PKR bahawa mereka berminat membeli bangunan berkenaan.

Namun kata Leong, seorang peguam parti itu akan dihantar bagi memantau lelongan itu dan membuat bidaan jika perlu.

Buat masa ini PKR menyewa bangunan lima tingkat itu daripada sebuah syarikat dengan sewa bulanan antara “RM10,000 hingga RM20,000".

Bagaimanpun, pemilik bangunan itu dikatakan telah gagal membayar ansuran pinjamannya dan bank mahu melelong 10 rumah kedai milik syarikat berkenaan di Tropicana, Petaling Jaya ini.

pkr congress pc 271110 saifuddin nasution Sementara itu, Bernama melaporkan setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata tindakan melelong bangunan berkenaan akan menimbulkan masalah kepada parti itu kerana perjanjian sewa selama enam tahun telah ditandatangani dan akan tamat lebih tiga tahun lagi.

"Ini bukan masalah kepada kita. Kita adalah penyewa dan kita sewa. Jika bank mahu melelong hartanah itu dan pemilik baru mengambil alih, mereka masih perlu mematuhi perjanjian," katanya.

Saifuddin berkata PKR tidak menolak kemungkinan membida hartanah itu jika harganya munasabah tetapi enggan memberitahu harga yang diharapkan.

"Harga lelongan yang disebut ialah RM6.1 juta, yang dianggap tinggi. Bagaimanapun, dalam sebarang lelongan komersil, kita akan tunggu sehingga harga itu turun. Jika harga itu munasabah, kita akan beli," kata beliau.

PKR menyewa bangunan itu di Merchant Square Tropicana sejak 2008. Ibu pejabat mereka sebelum itu adalah di Brickfields.

[Baca berita penuh]

ADS