Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nurul mohon keselamatan untuk pelarian Burma
Diterbitkan:  Jun 9, 2011 12:11 PM
Dikemaskini: 10:29 AM

Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menyerah supucuk surat kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakan) memohon keselamatan terhadap seorang pelarian Burma - David Sing Lian Pum - yang ingin berkahwin seorang gadis negara ini.

Permohonan itu dibuat kerana bimbang David ditahan pihak berkuasa setelah identitinya terdedah setelah cinta terhalangnya dilaporkan media semalam.

NONE Apatah lagi, Nurul Izzah ( kiri ) mendakwa sudah wujud kes tangkapan ke atas pelarian walaupun mereka memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pelarian Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCHR).

"Memandangkan ada berlakunya tangkapan ke atas pelarian-pelarian di Malaysia walau mereka memegang kad UNCHR, saya amat khuatir akan keselamatan David kerana pengakuan beliau untuk mengahwini seorang seorang warga negara Malaysia mungkin menyebabkan tindakan undang-undang dikenakan ke atas beliau.

"Saya dengan ini memohon agar pihak Suhakam dapat membantu untuk menjamin keselamatan dan hak asasi David Sing tidak tergugat," surat itu dipetik.

Semalam Amira Ismail dan David (nama Islamnya Mohd Daniel Abdullah) mengadu kepada Nurul Izzah selepas tidak dapat berkahwin kerana perbezaaan status mereka.

Kes kecil

Berdasarkan Akta Imigresen 1959, seseorang pelarian tidak dibenarkan berkahwin dengan warganegara Malaysia.

Surat Nurul Izzah juga memberitahu, status David tidak diktiraf kerajaan Malaysia dan dia tidak punyai hak bawah Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.

NONE Naib presiden PKR itu menyifatkan kes perkahwinan dengan pelarian hanyalah "kes kecil" jika dibandingkan dengan kepayahan hidup pelarian, termasuk kematian; peras ugut; tahap kehidupan, makanan dan kebersihan tempat tahanan yang amat rendah.

Sehubungan itu, Nurul Izzah menggesa masalah tersebut ditangani dengan segera dan menyeluruh.

Surat tersebut diserahkan kepada Pesuruhjaya Suhakam Detta Samen di pejabatnya di ibu negara pada jam 10.15 pagi ini.

Dalam sidang media selepas menyerahkan itu, Nurul Izzah berkata beliau juga bercadang untuk memohon UNCHR menjamin keselamatan David "semaksima mungkin" .

Katanya lagi, beliau juga akan membangkitkan isu pelarian ini dalam partinya dan dalam sidang parlimen yang akan datang.

ADS