Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Yong Vui Kong, rakyat Malaysia kelahiran Sabah, sedang merengkuk di penjara Singapura. Beliau menunggu hukuman gantung ke atasnya dilaksanakan kerana kesalahan mengedar dadah.

Malaysiakini akan menyiarkan surat-surat terakhir Yong kepada Yetian - seorang anggota kempen "Selamatkan Vui Kong" - sepanjang 12 minggu terakhirnya menghitung kematian.


Yetian,

Aku dengar sebuah kisah.

NONE Seorang lelaki muda dipenjarakan. Untuk suatu tempoh yang lama, anggota keluarga tidak pernah melawatnya yang di balik gerigi besi. Setiap kali melihat banduan lain menerima tetamu dan menerima buah tangan, dia berasa sedih dan menyalahkan ibu bapanya.

Suatu hari, warden menyampaikan khabar gembira pada lelaki itu. Dia menerima pelawat. Sejurus masuk sahaja ke bilik tempat bertemu, dia menatap wajah ibunya - kotor, sepatunya koyak, kakinya melepuh. Di sebelahnya sebuah pasu berdebu.

Laki-laki itu daripada keluarga miskin. Bapanya petani. Rumah mereka amat jauh daripada penjara. Demi mengumpul wang untuk ke penjara, bapanya bekerja keras; dan berakhir dengan kematian. Impian terakhirnya untuk menatap wajah anaknya. Itulah sebabnya si ibu membawa bekas abu mayat itu bersamanya.

Kononnya ia kisah benar. Malah, telah difilemkan juga.

Di sini, tiap Isnin merupakan hari melawat untuk banduan yang menghitung hari ke tali gantung.

NONE Keluargaku juga tinggal jauh daripada tempat ini. Cuma, sedikit beruntung apabila dua saudara lelakiku bekerja di hotel Singapura. Mereka bercuti setiap Isnin demi untuk menemuiku.

Dari mulut mereka aku dengar, sejak beberapa tahun - tiap Isnin, tanpa kecuali - seorang wanita, rambutnya dari hitam menjadi putih, tanpa jemu melawat seseorang, mungkin anaknya.

Menurut seorang peguam pula, bapa banduan itu bangun jam 3 pagi setiap Isnin dan terus menunggang motosika dengan harapan dapat menemui anaknya secepat mungkin.

Sepi tanpa penziarah

Berbanding kisah itu, kami boleh dikira banduan akhir yang beruntung.

Bila hukuman mati diputuskan, apa permintaan akhir kami? Biar aku beritahu kamu.

NONE Ya, berlalunya hari-hari muram di penjara, hubunganku dengan adik beradik - Yun Leong dan Yun Zhong - juga bertambah baik.

Amat sukar untukku meluahkan perasaan tentang masa depan. Untuk keluargaku, aku bersyukur. Aku harus manfaatkan masa yang tersisa sebaiknya, belajar dengan tekun dan jadi lelaki budiman demi membalas kembali jasa baik mereka.

Tetapi setahuku, ramai banduan akhir tinggal sepi tanpa penziarah. Mungkin kunjungan peguam sahaja yang sesekali dalam tempoh yang panjang, terutamanya bagi yang bukan warga Singapura.

NONE Mungkin anggota keluarganya tidak tahu menahu mereka ditahan. Mungkin keadaannya seperti lelaki yang aku ceritakan tadi. Mungkin jika mati pun, anggota keluarganya masih tidak tahu-menahu. Aku sedih memikirkan hakikat ini.

Seperti yang aku beritahu tadi, aku beruntung, Yetian. Aku tahu anggota keluar banyak menyokong dan tidak pernah berputus harap denganku.

Adik beradik, saudara mara, malah teman-teman, mereka keluar ke jalan raya untuk mengutip tandatangan daripada insan yang tidak pernah mereka kenal. Semuanya bagi merayu pengampunan dan belas ehsan presiden.

Di pinggir Orchard Road

Mereka tidak minta aku dibebaskan, mereka cuma mahu aku tidak digantung dan kemudiannya menghabiskan sisa-sisa hidup yang tinggal.

SS2 Yong Vui Kong 20100726 02 Adik bongsu kami cuma berumur 19 tahun. Dia sebenarnya takut-takut untuk bercakap dengan orang asing. Bagaimanapun, kali ini, demiku, dia gagahi semua itu.

Saudara-saudara lelakiku pula, sampai sahaja waktu rehat pendek dua jam, mereka setia berdiri di pinggir Orchard Road. Aku tahu semua ini sukar. Mereka juga sering dimarahi.

Ada yang bertanya kembali, kenapa mesti bersusah payah untukku, mereka sebenarnya patut rasa malu kerana memang hukuman itu memang selayaknya untukku.

SS2 Yong Vui Kong 20100726 01 Kadangkala aku merenung sendiri, apakah semua anggota keluarga banduan akhir lain menghadapi tekanan yang sama? Adakah ekoran ujian berat itu, mereka berpaling daripadanya.

Mereka juga pasti terseksa. Aku juga merasainya, aku hampir fahami kesulitan dan penderitaan mereka. Amithaba .

Di mata orang kebanyakan, semua yang dipenjarakan adalah syaitan besar, tidak berbaloi untuk disebut pun. Tetapi bagi keluarga kami, ia berbeza. Mereka terpaksa akui, kami tetap akan digantung sampai mati. Ia sangat menyayat dan kejam.

Bagi banduan akhir, tanpa sokongan keluarga, teman-teman dan masyarakat, tanpa keimanan yang teguh, hati mereka mungkin mati lebih awal daripada sepatutnya.

Sekujur tubuh tak bernyawa

Banyak daripada mereka hilang semangat untuk hidup dan anggota keluarga yang berdoa siang dan malam juga menghadapi jalan buntu.

Dalam putus asa itu, tiada lagi ikhtiar dan mereka perlahan-lahan menyerah kepada kematian. Sanak saudara juga melayannya seperti sekujur tubuh yang tidak lagi bernyawa.

NONE Ya, banyak sekali terjadi sebegitu.

Mungkin nasibku ditetapkan menemui Dewi Guang Yin. Mungkin ini semua hasil daripada kehidupan lampauku. Atau seperti kata bapaku, hidupnya cukup "keras".

Kini aku berpeluang menemui sinar melalui ajaran Buddha. Ia membuatkan hatiku teguh. Aku juga mendapat peguam yang baik. Dan paling penting, aku sedar, ada suara di celah-celah masyarakat umum yang merayu untukku.

Aku tahu, mereka memaafkan dan mengambil berat terhadapku. Mereka juga sentiasa mendokong keluargaku. Semua ini menambahkan keyakinanku.

Hidup amat bermakna.

Ikhlas,

Vui Kong


YONG VUI KONG, dijatuhkan hukuman mati pada November 2009 kerana mengedar dadah. Beliau hanya berusia 19 tahun. Pada 4 April lalu, beliau gagal dalam rayuan terakhirnya bagi mengelakkan hukuman mati mandatori.

Remaja itu dijadual digantung dalam tempoh kurang tiga bulan kecuali diberikan pengampunan oleh presiden Singapura.

ADS