Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hasan Ali digugur sebagai Pesuruhjaya PAS S'gor
Diterbitkan:  Jun 13, 2011 9:22 AM
Dikemaskini: 3:34 AM

Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali telah digugurkan sebagai pesuruhjaya PAS Selangor.

Mesyuarat pertama Jawatankuasa kerja PAS Pusat yang dipengerusikan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, petang semalam menamakan Dr Abd Rani Osman yang juga ADUN Meru sebagai pengganti Hasan.

azlan Hasan sebelum ini dikatakan agak kontroversial dan nenimbulkan pergeseran bukan sahaja di kalangan pemimpin PAS tetapi juga rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Beliau pernah memberikan amaran kepada kerajaan negeri Selangor supaya tidak menyerang setiausaha kerajaan negeri Selangor yang dilantik kerajaan Pusat iaitu Datuk Khusrin Munawi meskipun pelantikan itu dibantah Pakatan Rakyat.

Dr Hasan juga dikatakan cenderung menyokong ‘kerajaan perpaduan’ dengan Umno meskipun kepimpinan pusat PAS telah menolak perkara itu.

Daam pemilihan PAS 3 Jun lalu, Dr Hasan berjaya memenangi  ahli jawatankuasa pusat PAS yang ditandinginya dengan menduduki tempat ke-16 dengan menang tipis 437 undi.

Pesuruhjaya negeri

Selain Selangor, pesuruhjaya PAS di empat negeri lain yang juga  mengalami perubahan ialah Terengganu - Abdul Wahid Endut, Negeri Sembilan - Mohd Taufek Abdul Ghani, Melaka - Adly Zahari dan Sabah - Aminuddin Halim.

Mereka yang kekal adalah seperti senarai berikut:

Kelantan - Datuk Nik Abdul Aziz

Pahang - Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Johor - Datuk Dr Mahfodz Mohamed

Perak -  Abu Bakar Husin

Kedah - Datuk Seri Azizan Abdul Razak

P.Pinang - Salleh Man

Perlis - Hashim Jasin

Wilayah Persekutuan - Mohd Noor Mohamad

Sarawak - Adam Ahid

NONE Sementara itu, Datuk Mustafa Ali ( kanan ) dikekalkan sebagai setiausaha agung untuk penggal kedua. Beliau akan dibantu oleh tiga penolong setiausaha - Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf.

Jawatan bendahari yang sebelum ini disandang oleh Dr Mohd Hatta Ramli, diserahkan kepada Datuk Abdul Halim Abd Rahman.

Dr Hatta diberi tugas baru sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.

Tidak membaca

Ketua Penerangan yang sebelum ini dipegang oleh Idris Ahmad ( bawah, kiri ) yang tewas pada pemilihan jawatan naib presiden diserahkan kepada Tuan Ibrahim Tuan Man.

idris ahmad information chief pas muktamar in kota bharu Bagi jawatan AJK PAS yang dilantik pula tempatnya diisi oleh bekas timbalan presidennya  Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus.

Menurut Abdul Hadi yang dipetik Harakahdaily pelantikan berkuatkuasa serta-merta.

"Kita telah membuat pelantikan dan dipersetujui sebulat suara.

"Pelantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," katanya di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu.

PAS mengadakan lantikan baru ini berikutan semua jawatan lantikan dalam jawatankuasa dan pimpinan tertinggi PAS pusat sesi 2009-2011 terlucut dengan sendirinya berikutan pemilihan baru yang diadakan pada Muktamar Agung parti kali ke-57, dari 3 hingga 5 Jun lalu.

Pemilihan itu bagi sesi 2011-2013.

NONE Dalam pada itu, menurut Bernama ketika mengulas dakwaan yang mengatakan idea negara berkebajikan yang dibawa PAS hanya untuk mengumpan pengundi bukan Islam, Hadi dengan tegas berkata ia merupakan dakwaan 'orang yang tidak membaca'.

"Itu adalah kenyataan orang yang tidak membaca apa dia politik Islam. Insyaallah, saya akan terbitkan satu buku yang akan menerangkan apa itu negara berkebajikan, berlandaskan perlembagaan PAS yang berpandukan Al-Quran, hadis, ijmak ulamak dan qias," katanya.

Ditanya apakah bentuk negara berkebajikan PAS berbanding kerajaan kini, Hadi berkata, perkara itu hanya dapat dibuktikan jika Pas diberi peluang untuk memerintah negara ini.

ADS