Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
36 laporan polis bantah BERSIH
Diterbitkan:  Jun 13, 2011 2:43 PM
Dikemaskini: 7:33 AM

Sebanyak 36 laporan polis telah dibuat dalam tempoh empat hari di Perlis, membantah cadangan pembangkang mengadakan "perhimpunan BERSIH" pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur.

    

Laporan polis itu dibuat antara lainnya oleh Umno Bahagian Kangar, Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kangar, Puteri Umno Bahagian Kangar, Kelab Penyokong Menteri Besar Perlis, Warga Felda Chuping dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung kawasan Dewan Undangan Negeri Mata Ayer, JKKK Kampung Bakau, Masyarakat Siam Perlis dan Umno Bahagian Arau bagi membantah penganjuran

perhimpunan itu.

    

Azali Abas, Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis, yang membuat satu laporan polis di Balai Polis Kangar pada 10.30 pagi ini, meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya bagi menghalang perhimpunan itu diadakan.

    

Ketua Wanita Umno Bahagian Kangar, Rela Ahmad pula berkata pembangkang boleh menggunakan saluran lain jika mereka mempunyai bantahan terhadap kerajaan.

Yang Dipertua Kelab Penyokong Menteri Besar Perlis, Zulkeflee Ibrahim, berkata perhimpunan itu boleh mencetuskan huru-hara di negara ini.

- Bernama

ADS