Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Penolong pentaksir hartanah Noor Faizah Zainuddin dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam Lot 8 berkata mantan menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo membeli Lot 8 dan 10 di Seksyen 17, Shah Alam, pada harga di bawah paras harga pasaran.

Katanya Lot 8 yang juga mempunyai sebuah rumah yang ditaksirkan bernilai RM3.9 juta tetapi dijual kepada Khir pada harga RM2.9 juta.

NONE Manakala Lot 10 yang kosong itu ditaksirkan berharga RM918,000 tetapi dijual pada RM600,000, dalam urusniaga berkenaan.

Noor Faizah, 48, bertugas di pejabat penaksir di Shah Alam bertanggungjawab bagi menentukan nilaikedua-dua plot tanah itu pada urusniaga yang dijalankan pada 2007 itu.

Katanya, beliau pernah bertanya kepada pemilik tanah berkenaan - Pengarah Ditamas Datuk  Shamsuddin Hayroni  - mengapa harga jualan sebegitu rendah ketika melawat hartanah itu.

"(Dia) bagitahu saya dia ada masalah dan (terpaksa) jual tanah di bawah nilai harga pasaran,” katanya ketika disoal oleh timbalan pendakwa raya Dusuki Mokhtar.

NONE Semalam, Shamsuddin pada keterangannya berkata beliau tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menjual tanah itu kepada Khir.

Khir didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui Shamsuddin.

Hartanah tersebut yang terletak di Seksyen 7 diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

[Baca berita penuh]

ADS