Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Cybersecurity: Serangan siber dijangka berterusan
Diterbitkan:  Jun 17, 2011 9:24 AM
Dikemaskini: 1:28 AM

Serangan terhadap beberapa laman web berkaitan kerajaan dijangka berterusan beberapa hari lagi, kata ketua pegawai eksekutif Cybersecurity Malaysia Lt Kol. (B) Husin Jazri.

Beliau berkata penyerang siber menyasarkan aplikasi web yang diketahui ramai terdedah kepada kaedah serangan, mempunyai kata laluan lemah dan menyalahtatarajah.

NONE "Cybersecurity, melalui Pasukan Respons Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT), mendapati wujud peningkatan ketara dalam kegiatan berkaitan keselamatan siber dalam tempoh 24 jam lepas.

"Berdasarkan pemerhatian kami, serangan yang dilakukan akan menjejaskan kerahsiaan, integriti maklumat dan kewujudan laman web. Ini seterusnya boleh menjejaskan kegiatan perniagaan sesebuah organisasi," katanya dalam kenyataan.

Oleh itu, Cybersecurity menasihati semua pemilik sistem supaya sentiasa bersiap siaga dan mengambil langkah perlu untuk melindungi laman web masing-masing.

Awal pagi semalam, serangan dikenali sebagai 'Operation Malaysia' dilakukan oleh sebuah kumpulan antarabangsa menggunakan nama 'Anonymous' yang menjejaskan 51 laman web termasuk http://malaysia.gov.my dan http://sabahtourism.com.

hacked parliament Serangan siber juga dipercayai dilakukan kumpulan lain berikutan pengesanan modus operandi berbeza seperti yang digunakan oleh sebuah kumpulan tempatan yang menggelarkan dirinya sebagai Dragon Force, yang lebih gemar melumpuhkan laman sesuatu web dan menghiasi laman itu dengan imejnya.

Pengurus operasi BubTech Sdn Bhd Mazniezan Iqram Mat Zain berkata kumpulan Anonymous cuba mempamerkan kemarahannya terhadap tindakan Kerajaan Malaysia menyekat laman web perkongsian fail kerana ia melanggar Akta Hakcipta 1987.

"Kumpulan ini patut sedar bahawa kerajaan hanya menyekat akses ke laman web berkenaan, tetapi ia masih boleh dicapai melalui sumber terbuka penyedia proksi seperti OpenDNS.

"Sebenarnya, apa yang cuba dilakukan oleh kerajaan ialah untuk memerangi kegiatan pelanunan dan menghalang laman web berkenaan daripada berkongsi secara haram fail yng mengandungi lagu, filem dan fail," katanya.

- Bernama

ADS