Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MIC: Sokongan kaum muda India masih jadi tandatanya
Diterbitkan:  Jun 19, 2011 5:49 PM
Dikemaskini: 5:11 PM

Selepas berpaling kepada pembangkang dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008, sokongan masyarakat India kini mulai kembali kepada BN, kata Presiden MIC Datuk G Palanivel.

    

NONE Walaupun demikian, kata beliau, berdasarkan maklum balas daripada ketua-ketua akar umbi MIC negeri, sokongan golongan muda kaum itu masih menjadi tandatanya.

    

"Kita mesti lakukan perkara yang dapat menarik golongan muda seperti memberi mereka pekerjaan, peluang niaga atau latihan," kata beliau.

Golongan itu marah kerana mereka merasakan mereka tidak mendapat peluang cukup untuk memaju dan menaikkan taraf hidup mereka, kata Palanivel kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen MIC Johor ke 65 hari ini.

Menurut beliau, masyarakat India, seperti kaum lain yang marah kepada kerajaan sehingga berpaling kepada pembangkang dalam pilihan raya 2008, kembali menyokong BN berikutan konsep 1Malaysia dan transformasi yang dilaksanakan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sokongan masyarakat India dibuktikan dengan peningkatan undi mereka sebanyak 75 peratus dalam pilihan raya kecil (PRK) Tenang, PRK Merlimau (82 peratus) dan PRK Kerdau (hampir 82 peratus).

    

Bagaimanapun beliau mengingatkan bahawa lebih kurang 4,000 cawangan MIC di seluruh negara agar menggandakan usaha mereka untuk mendaftar 400,000 masyarat India sebagai pengundi dan menjadi ahli parti.

    

Ini kerana setiap undi masyarakat India adalah amat bermakna untuk BN dan MIC di kala kemenangan dalam pilihan raya tidak lagi dapat diramal seperti duhulu.

- Bernama

ADS