Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kepimpinan utama MCA dijangka bermesyuarat esok bagi membincangkan sama ada perlu memecat anggotanya yang menyertai perhimpunan BERSIH.

Timbalan presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai juga mengulangi gesaan supaya anggota MCA menjauhi perhimpunan yang didakwa berpotensi 'meruap' itu.

NONE Beliau juga enggan mengulas ancaman Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali bahawa "apa sahaja boleh berlaku" sekiranya perhimpunan itu diteruskan.

"Kenapa kamu mahu laporkan kenyataannya? Dia bukan sesiapa pun, (yang) selalu bercakap karut," katanya ketika ditemui di lobi parlimen.

Liow ( kiri ) berkata, perhimpunan besar seperti BERSIH - yang memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil - tidak perlu kerana sistem negara ini mengambil tahu kebimbangan rakyat.

"Semua anggota (MCA) tahu perkara ini... bukan hanya anggota MCA, orang ramai patut elakkan perhimpinan. Pemuda Umno juga tidak patut protes di jalan raya," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS