Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas penolong gabenor Bank Negara didakwa
Diterbitkan:  Jul 1, 2011 9:54 AM
Dikemaskini: 9:59 AM

Seorang bekas penolong gabenor Bank Negara didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM100,000 daripada orang tengah bagi mendapatkan kontrak mencetak wang polimer RM5.

NONE Ia berikutan operasi bersama antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa Australia berhubung dakwaan salah laku dalam pemberian kontrak kepada firma Australia berkenaan.

Bekas penolong gabenor itu, Datuk Mohamad Daud Dol Moin, 58, akan didakwa atas dua pertuduhan menerima habuan RM50,000 daripada seorang ahli perniagaan Abdul Kayum Syed Ahmad, bagi mendapatkan kontrak RM95 juta berhubung wang polimer RM5 oleh Note Printing Australia Ltd.

Beliau didakwa menerima wang itu di Restoran Dome, Bangsar Shopping Centre pada 1 Disember 2004 dan 16 Februari 16, 2005.

NONE Mohamad Daud didakwa mengikut Seksyen 11(a) dan 11(b) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda lima kali jumlah suapan.

Pertuduhan dibacakan oleh Hakim Rosbiahanin Arifin. Daud kemudiannya memohon dibicarakan bagi kedua-dua pertuduhan berkenaan.

Timbalan Pendakwaraya Manoj Kurup memohon jaminan ditetapkan pada RM100,000 dengan seorang penjamin dan dipersetujui oleh peguam Daud - JD Goonting dan Collin Goonting.

Rosbiahanin kemudian menetapkan 2 Ogos sebagai sebutan kes.

NONE Sementara itu di Mahkamah Khas Jenayah Rasuah 9, Shah Alam, Abdul Kayum didakwa mengikut bawah Seksyen 11(b) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Beliau yang merupakan pengarah Syarikat Aksavest Sdn Bhd dihadapkan atas dua pertuduhan kerana disyaki terlibat memberi wang suapan berjumlah RM100,000.00 (RM50,000.00 bagi setiap

transaksi) kepada Datuk Mohamad Daud bagi memperoleh kontrak percetakan wang kertas polimer RM5 untuk Note Printing Australia Limited, yang juga merupakan anak syarikat Australia Reserve Bank.

Bagi pertuduhan pertaman, tertuduh yang juga merupakan ejen Note Printing Australia Limited di Malaysia didakwa memberi wang suapan secara tunai sebanyak RM50,000.00 pada 24 November 2004 kepada Mohamad Daud.

NONE Suapan itu dikatakan bertujuan membantu tertuduh untuk mendapatkan kontrak Percetakan Wang Polimer RM5 untuk syarikat Note Printing Australia Limited. Tertuduh juga dipertuduh dengan kesalahan yang sama bagi pertuduhan kedua yang dilakukan pada 15 Februari 2011 di tempat yang sama.

Sekiranya disabitkan dengan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada 14 hari dan tidak lebih daripada 20 tahun; dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Hakim Asmadi Husin kemudian menetapkan 2 Ogos depan untuk menyebut semula kes itu dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua kes. 

[Baca berita penuh]

ADS