Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Polis sebentar tadi menafikan dakwaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bahawa rangkaian telefon mudah alih dan perkhidmatan Internet akan diganggu hujung minggu ini menjelang perhimpunan Sabtu ini.

NONE Sesiapa yang menyebarkan khabar angin itu akan ditangkap dan didakwa, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

"Jangan buat andaian sendiri. Siapa yang sebarkan khabar angin ini? Ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan khbar angin untuk memburukkan pihak berkuasa dan polis.

"Kami akan bertindak ke atas mereka dan membawa mereka ke mahkamah,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat polis di Bukit Aman hari ini.

Ditanya sama ada polis ada mengehadkan pergerakan lalulintas ke ibu negara pada Sabtu ini, Ismail berkata polis akan mengawal trafik.

"Kawalan lalu lintas adalah tanggungjawab polis. Kami mesti mengelakkan kejadian yang tak diingini,” katanya.

[Baca berita penuh]

ADS