Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Serangan DOS terhadap Malaysiakini berakhir
Diterbitkan:  Jul 11, 2011 1:24 PM
Dikemaskini: 7:57 AM

Serangan Penafian Perkhidmatan (DOS) terhadap server Malaysiakini berakhir pagi semalam.

Serangan yang bermula pada jam 5 petang Jumaat lalu, serupa dengan serangan terhadap server Malaysiakini sewaktu pilihan raya Sarawak.

Bagaimanapun, kali ini, server berita Malaysiakini kekal di talian sepanjang tempoh serangan tersebut.

NONE "Terima kasih kepada pasukan teknologi kami, perubahan yang kita dibuat kepada server infrastruktur kami, mampu untuk menangkis serangan tersebut," kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran ( kanan ).

"Bagaimanapun, serangan masih menjejaskan perkhidmatan langganan Manage4me kami, jadi kami memutuskan untuk membuka akses kepada semua pembaca semasa serangan tersebut," jelas Premesh.

Malaysiakini akan mengembalikan semua perkhidmatan online petang ini.

Menurut Google Analytics, Malaysiakini dikunjungi 726,000 pembaca unik pada hari Sabtu. Ini termasuk 202,000 pembaca mengakses laman melalui peranti mudah alih.

Pembaca juga mengakses Malaysiakini di Facebook dan Wordpress, walaupun Malaysiakini tidak mengesan statistik laman-laman tersebut.

Video Malaysiakini juga sama popularnya. 'Yellow arrest' ditonton lebih 250,000 kali. Beberapa video BERSIH lain pada halaman YouTube Malaysiakini menerima lebih 100,000 tontonan.

ADS