Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kumpulan anti-Lynas akhiri lawatan dengan kecewa
Diterbitkan:  Jul 14, 2011 9:49 AM
Dikemaskini: 10:44 AM

Pertubuhan Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL) yang berpangkalan di Kuantan melahirkan kekecewaan mereka dengan Ketua Pegawai Eksekutif Lynas Nicholas Curtis selepas perjumpaan mereka di ibu pejabat syarikat pemprosesan nadir bumi itu di Austalia.

NONE Dalam satu kenyataan SMSL berkata tidak ada perkembangan baru pada mesyuarat itu kerana Curtis hanya mengulangi hujah yang sama yang dikeudarakan melalui video perhubungan awam Lynas di Youtube.

"Beliau (Curtis) cuba pertahankan kehadiran Lynas (di Malaysia). Hujahnya bergantung sepenuhnya kepada Laporan Agensi Atom dan Tenaga Antarabangsa (IAEA), ‘ kata kumpulan NGO itu.

Sebuah panel semakan sembilan anggota yang ditubuhkan oleh kerajaan dan dikelolakan oleh IAEA mendapati kilang Lynas bernilai RM700 juta di Gebeng, Pahang itu adalah “selamat”.

Bagaimanapun ia menetapkan 11 syarat yang perlu dipatuhi oleh kerajaan, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Lynas sebelum lesen bagi operasi kilang boleh dikeluarkan.

Kumpulan anti Lynas membidas laporan itu dengan mendakwa skop cadangan dan syarat yang dikenakan adalah terlalu sempit.

[Baca berita penuh]

ADS