Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ku Li yakin Gua Musang kekal milik BN
Diterbitkan:  Jul 18, 2011 7:21 PM
Dikemaskini: 11:25 AM

Barisan Nasional (BN) mempunyai harapan cerah mengekalkan kemenangan kerusi Parlimen Gua Musang bersama tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya umum Ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi, kata ahli parlimennya, Tengku Razaleigh Hamzah.

    

NONE Katanya ini berikutan sokongan rakyat terhadap kepimpinan BN yang memenangi kerusi berkenaan pada pilihan raya lepas terus bertambah di samping banyak janji telah dapat ditunaikan.

    

Beliau turut mengumumkan strategi BN pada pilihan raya kecil DUN Galas November lalu juga akan digunakan kerana ia memberi kesan kepada sokongan rakyat secara berterusan.

    

"Kita yakin BN boleh menang di kawasan kita ini pada PRU ke-13 nanti kerana rakyat sudah merasai suasana kesepakatan kita bersama dalam membawa perubahan termasuk kemajuan kawasan kampung," katanya ketika merasmikan Kursus Kemantapan Organisasi dan Hala Tuju Perjalanan Umno, dekat Gua Musang hari ini.

- Bernama

ADS