Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kabel elektrik bawah tanah SESB dibakar
Diterbitkan:  Jul 20, 2011 7:21 PM
Dikemaskini: 11:23 AM

Kabel bawah tanah milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Kg Melawa, Sepanggar, dekat Kota Kinabalu dibakar beberapa individu tidak dikenali yang disyaki cuba mencuri kabel berkenaan.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu menganggarkan perbuatan pada kira-kira 10 malam tadi itu menyebabkan kerugian kira-kira RM100,000.

"Berikutan itu, talian 66 kilovolt Melawa-Inanam terpelantik pada 10.05 malam dan seterusnya mengakibatkan 26,308 pengguna mengalami gangguan bekalan elektrik. Antara kawasan terbabit ialah sekitar Tuaran, Taman Perindustrian Kota Kinabalu dan Teluk Sepanggar.

"Kerja pembaikan dan pemulihan bekalan dijalankan serta merta dan bekalan berjaya dipulihkan secara berperingkat bermula 10.28 malam pada hari sama," menurut kenyataan SESB.

SESB memohon kerjasama orang ramai supaya menghubungi talian 15454 atau 088-282455 jika terlihat pihak atau individu yang mencurigakan berada di kawasan pepasang SESB.

- Bernama

ADS