Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz akan mendedahkan esok sama ada laporan Suruhanjaya Diraja Siasatan kematian Teoh Beng Hock akan diumumkan kepada orang ramai.

NONE Untuk itu, kata Nazri, satu sidang akhbar akan diadakan di bangunan Parlimen pada jam 2.30 petang esok.

"Saya akan buat pengumuman (esok) dan tidak boleh dedahkan apa-apa sekarang," katanya kepada Malaysiakini.

Terdapat khabar angin mengenai kemungkinan pengumuman itu dibuat esok dan laporan itu akan dijual kepada orang ramai pada hari Jumaat.

Teoh, 30, setiausaha politik exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan berkenaan. 

Ekoran itu, satu Inkues diadakan di hadapan koroner Mohd Azmil Muntapha Abbas yang membuat keputusan terbuka terhadap punca kematian Teoh.

Berikutan itu, suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat punca kematiannya dan juga menyemak semula prosedur siasatan SPRM.

ADS